Terkini

Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak

Prinsip Rukun Negara Perlu Diamalkan, Dihayati – Belia

Edayu

SEREMBAN, 29 Jun – Lima prinsip Rukun Negara perlu digenggam kemas setiap lapisan masyarakat kerana ia terbukti menjadi kunci kepada keutuhan perpaduan dan keharmonian antara kaum sejak sekian lama di negara ini.

Itu adalah pandangan beberapa belia dan mereka turut menyifatkan penghayatan terhadap prinsip berkenaan adalah perlu bagi memastikan negara terus makmur, membangun dan berdaya saing serta gemilang di masa hadapan.

Lulusan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Sin Run Hui, 24, berkata setiap rakyat bukan sahaja perlu mengetahui bahkan perlu memahami makna tersurat dan tersirat Rukun Negara kerana ia mewujudkan satu kesedaran kepada rakyat mengenai perpaduan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Katanya Rukun Negara sangat penting kerana ia merupakan panduan kepada rakyat Malaysia agar membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, menghormati dan mematuhi undang-undang.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya akan menerapkan amalan serta mematuhi kesemua prinsip dalam Rukun negara. Mengambil contoh prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan misalnya, saya akan mengelakkan diri menyebarkan berita palsu, fitnah, menyentuh isu sensitif dan buli siber,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Negara akan menyambut ulang tahun ke-50 Rukun Negara bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual pada 7 Julai ini.

Mengulas lanjut, Sin juga berharap penyebaran berita palsu dewasa ini, dilihat sebagai antara faktor yang akan menjejaskan perpaduan negara, dibendung bukan sahaja menerusi tindakan undang-undang bahkan menerusi amalan dan penghayatan prinsip Rukun Negara.

Rukun Negara mengandungi lima prinsip – Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; dan Kesopanan Dan Kesusilaan.

Peniaga, Muhammad Fikri Ramlan, 19, berkata Rukun Negara merupakan asas panduan kepada kehidupan rakyat dalam membentuk jati diri yang kukuh.

“Penghayatan prinsip Rukun Negara ini mampu membentuk jiwa bangsa Malaysia yang mempunyai semangat patriotik, bersatu padu dan patuh kepada peraturan ditetapkan,” katanya.

Kru filem, M. Rajasuriah, 32, berkata lima prinsip Rukun Negara pada pandangannya mampu memupuk semangat cintakan tanah air serta mewujudkan nilai murni dan toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat.

“Ini sangat penting jika kita mahu negara kita kekal aman, makmur dan berjaya menjadi negara maju pada masa akan datang,” katanya yang turut menaruh harapan agar semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersama-sama berganding bahu memajukan serta melakukan terbaik untuk negara.

Sumber: Bernama