Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PRN Johor: BN Bertanding Solo Semua 56 Kerusi, Tolak Gabungan Parti Lain – Onn Hafiz
UMNO menerajui Barisan Nasional (BN) Johor dengan 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, berdasarkan senarai penuh calon yang diumumkan Pengerusi BN Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Rabu.
Pengumuman itu menyaksikan UMNO kekal sebagai tulang belakang BN, manakala baki kerusi diperuntukkan kepada MCA dan MIC, sekali gus mengekalkan struktur tradisional gabungan tersebut dalam menghadapi pilihan raya kali ini.
Daripada keseluruhan 56 kerusi, MCA diberikan 16 kerusi dengan tumpuan di kawasan bandar dan majoriti pengundi bukan Melayu, sementara MIC bertanding di empat kerusi campuran.
Susunan calon ini mencerminkan strategi BN yang tertumpu kepada pengukuhan sokongan di kawasan majoriti Melayu di bawah UMNO, di samping mempertaruhkan MCA di kerusi bandar yang dilihat lebih mencabar.
Penguasaan UMNO dalam agihan kerusi juga memperlihatkan keutamaan terhadap kekuatan jentera di peringkat akar umbi, khususnya dalam kerusi luar bandar dan separa bandar yang menjadi asas kepada kelebihan BN.
Namun, cabaran utama dijangka tertumpu di kawasan padat di selatan Johor yang mempunyai profil pengundi lebih muda dan berbilang kaum, sekali gus menjadikan keputusan di kawasan ini sebagai penentu penting kepada keseluruhan landskap pilihan raya.
Dalam pada itu Onn Hafiz berkata, BN Johor akan terus mempertahankan prinsip yang dipegang sebelum ini.
“Barisan Nasional Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi dan pendirian ini kekal serta tidak berubah demi memperbaharui mandat untuk Bangsa Johor. Kita telah berdepan dengan pelbagai serangan dan tekanan hanya kerana kita menyatakan pendirian untuk terus memimpin negeri Johor.
“BN Johor tidak akan membentuk kerajaan gabungan dengan mana-mana parti politik lain di negeri ini. Pencalonan ini bukan hadiah atau keistimewaan, tetapi satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar,” tegasnya lagi.
Berikut adalah senarai penuh calon BN mengikut kerusi, nama dan jawatan parti:
N.01 Buloh Kasap – Datuk Zahari Sarip (Ketua UMNO Bahagian Segamat)
N.02 Jementah – See Ann Giap (AJK Pemuda MCA Malaysia)
N.03 Pemanis – Anuar Abd Manan (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang)
N.04 Kemelah – K. Raven Kumar (Pengerusi MIC Johor)
N.05 Tenang – Mohd Azhar Ibrahim (Ketua UMNO Bahagian Labis)
N.06 Bekok – Tan Chong (AJK MCA Malaysia)
N.07 Bukit Kepong – Ahmad Syarie Yusof (Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh)
N.08 Bukit Pasir – Mohamad Fazli Mohamad Salleh (AJK UMNO Bahagian Pagoh)
N.09 Gambir – Sahrihan Jani (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ledang)
N.10 Tangkak – How Chin Teck (Naib Pengerusi MCA Johor)
N.11 Serom – Nadhirah Afiqah (Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang)
N.12 Bentayan – Chua Lee Huat (Naib Pengerusi MCA Bakri)
N.13 Simpang Jeram – Azman Ismail (Ketua UMNO Bahagian Bakri)
N.14 Bukit Naning – Mohd Sabari Ghazali (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri)
N.15 Maharani – Ashari Md Sarip (Ketua UMNO Bahagian Muar)
N.16 Sungai Balang – Selamat Takim (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar)
N.17 Semerah – Mohd Fared Mohd Khalid (Naib Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong)
N.18 Sri Medan – Zulkurnain Kamisan (Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong)
N.19 Yong Peng – Ling Tian Soon (Ketua Pemuda MCA Malaysia)
N.20 Semarang – Samsolbari Jamali (Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam)
N.21 Parit Yaani – Mohamad Najib Samuri (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading)
N.22 Parit Raja – Nor Rashidah Ramli (Naib Ketua UMNO Bahagian Sri Gading)
N.23 Penggaram – Boo Chin Leong (Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang MCA Johor)
N.24 Senggarang – Mohd Yusla Ismail (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat)
N.25 Rengit – Mohd Zaidi Japar (Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat)
N.26 Machap – Onn Hafiz Ghazi (Pengerusi UMNO Johor)
N.27 Layang-Layang – Chua Juan Boon (AJK Pemuda MCA Malaysia)
N.28 Mengkibol – Yap Zhi Peng (Naib Pengerusi MCA Kluang)
N.29 Mahkota – Syed Hussein Syed Abdullah (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang)
N.30 Paloh – Lee Ting Han (AJK MCA Malaysia)
N.31 Kahang – V. Rugendren (Timbalan Ketua Pemuda MIC Johor)
N.32 Endau – Alwiyah Talib
N.33 Tenggaroh – Mohd Youzaimi Yusof (Ketua UMNO Bahagian Mersing)
N.34 Panti – Mohd Naqib Ghazali (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara)
N.35 Pasir Raja – Dr Adham Baba (Ketua UMNO Bahagian Tenggara)
N.36 Sedili – Muszaide Makmor (Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi)
N.37 Johor Lama – Norlizah Noh (Ketua Penerangan UMNO Kota Tinggi)
N.38 Penawar – Fauziah Misri (Ketua Wanita UMNO Pengerang)
N.39 Tanjung Surat – Aznan Tamin (Timbalan Ketua UMNO Pengerang)
N.40 Tiram – Abdul Halim Suleiman (Ketua UMNO Bahagian Tebrau)
N.41 Puteri Wangsa – Teow Chia Ling (Setiausaha Pemuda MCA Kebangsaan)
N.42 Johor Jaya – Chan San San (Timbalan Setiausaha MCA Johor)
N.43 Permas – Baharudin Mohamed Taib (Timbalan Ketua UMNO Pasir Gudang)
N.44 Larkin – Mohd Hairi Mad Shah (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
N.45 Stulang – Bong Seng Heng (Ketua MCA Johor Bahru)
N.46 Perling – Pannir Selvam (Timbalan Pengerusi MIC Pulai)
N.47 Kempas – Datuk Ramlee Bohani (Timbalan Ketua UMNO Pulai)
N.48 Skudai – Tan Hiang Kee (AJK Wanita MCA Kebangsaan)
N.49 Kota Iskandar – Pandak Ahmad (Timbalan Ketua UMNO Iskandar Puteri)
N.50 Bukit Permai – Mohd Jafni Md Shukor (Ketua UMNO Kulai)
N.51 Bukit Batu – R. Kumaran (Setiausaha MIC Johor)
N.52 Senai – Tai Chee Chee (Timbalan Ketua Beliawanis MCA Johor)
N.53 Benut – Datuk Mohd Sumali Reduan (Timbalan Ketua UMNO Pontian)
N.54 Pulai Sebatang – Hasrunizah Hasan (Ketua Wanita UMNO Pontian)
N.55 Pekan Nanas – Tan Eng Meng (Naib Pengerusi MCA Johor)
N.56 Kukup – Mohd Israk Abdullah (Ketua UMNO Tanjung Piai)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala 7 Julai bagi pengundian awal dan 11 Julai sebagai hari pengundian.