Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Melaka Ditetapkan Pada 14 Nov, Penamaan Calon 31 Okt - Pengerusi SPR

PRN Melaka
Kredit: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun (tengah) pada Sidang Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom (empat, kanan) dan Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus (empat, kiri). --Foto BERNAMA

MELAKA, 7 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 Nov ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun.

Ramlan berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 31 Okt, manakala tarikh pengundian awal pada 10 Nov, dengan tempoh berkempen ialah selama 14 hari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Melaka di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber:BERNAMA