Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang

Aina Munirah
Kredit: Bernama

PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini.

Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi.

BACA: PRN Sabah Ke-17 Masuk Hari Penentu, 882 Pusat Mengundi Dibuka Tepat 7.30 Pagi

Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat masing-masing, bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60.94 peratus atau 1,062,114 orang telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 4 petang. SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan sekitar 10 malam ini. Ketika ini, proses pengiraan kertas undi dari pusat-pusat yang ditutup awal sedang dijalankan. Untuk berita-berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari

https://prn.bernama.com/sabah/index.php

.

BACA: PRN Sabah: Ahmad Zahid Seru Pengundi Guna Hak Pilih Wakil Terbaik

Sumber: Bernama