Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Produk Khairul Aming Jadi Rebutan Lagi, “Sold Out” Dalam Masa 2 Minit
Persaingan sengit di laman Shopee apabila 40,000 unit Dendeng Nyet dilaporkan habis terjual dalam masa dua minit sahaja pada malam ini.
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming mengumumkan bahawa mengenai perkara itu dalam hantaran di laman X.
Menerusi hantaran itu, beliau menunjukkan paparan telefon pintarnya yang tertera jumlah notification yang keluar bertalu-talu.
Difahamkan, beliau telah membuka slot jualan produk itu untuk kali kedua bermula pada 9.00 malam tadi.
Sebaik sahaja jam menunjukkan 9.00 malam, banyak pembelian yang dilakukan oleh para pengguna Shopee yang berjuang untuk mendapatkan produk berkenaan.
Jelas usahawan berkenaan, hasil jualan yang diperolehi pada malam ini melebihi setengah juta ringgit.
“Alhamdulillah 40,000 Dendeng Nyet sold out di Shopee dalam masa 2 minit dengan jualan lebih setengah juta ringgit,” tulisnya di laman X
Khairul Aming juga berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para pembeli yang terlibat dalam sesi battle sebentar tadi.
Beliau turut memaklumkan bahawa sesi penghantaran bagi Dendeng Nyet akan dilakukan secepat mungkin agar sampai ke tangan pembeli dengan kadar yang pantas.
Sebelum ini, produk terbaru Khairul Aming, Dendeng Nyet Berapi telah habis dijual dalam tempoh singkat iaitu tiga minit 39 saat pada 2 Februari 2024.
Hasil julan berkenaan telah mencipta rekod baharu tercipta apabila berjaya mendapat hasil jualan RM1.2 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming bagaikan tidak percaya kerana 80,000 unit produk tersebut terjual dalam tempoh yang singkat.
Usahawan dan pempengaruh berusia 31 tahun itu juga meluahkan rasa syukur kerana dia dan pasukannya bekerja keras selama setahun untuk mengeluarkan produk tersebut.
Untuk pengetahuan, seorang pembeli hanya boleh membeli enam paket sahaja pada malam tersebut. Sungguhpun begitu, masih ramai yang tidak sempat membelinya dan meminta agar Khairul Aming menjual lagi produk itu dalam tempoh waktu yang terdekat.
BACA: Jangan Biar Kereta Tersadai, “Check” Tiga Benda Ni Lepas Lalui Perjalanan Jauh
Sumber: @khairulaming via X