Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Profesor Ini Guna Semua Wang ‘Nobel Prize’ Yang Dimenanginya Untuk Bantu Pelajar

Gambar: Herald Scotland

Seorang saintis yang memenangi Hadiah Nobel mendedahkan bahawa dia akan menggunakan wang hadiahnya untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik di Scotland, lapor BBC.

Prof David MacMillan, 54, yang berasal dari North Lanarkshire telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang kimia bersama saintis Jerman, Benjamin List pada Oktober lalu.

Beliau yang juga ahli kimia di Universiti Princeton itu dibesarkan di New Stevenston dan merupakan pelajar lulusan dalam bidang kimia di Universiti Glasgow.

Ketika ditemu bual di BBC Radio Scotland, Prof David berkata beliau akan menyalurkan semua wang daripada anugerah Nobelnya ke badan amal.

“Saya memberikan semua wang nobel dan hasil daripada ceramah kepada badan amal,” katanya.

Bantu kanak-kanak kurang bernasib baik

Tambahnya lagi, beliau melakukan sedemikian bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik yang berusaha untuk masuk ke universiti di Scotland.

Sementara itu, beliau juga telah menubuhkan sebuah badan amal iaitu Yayasan May dan Billy MacMillan sebagai penghormatan kepada kedua ibu bapanya

Terdahulu, kajiannya bersama Prof List telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau membina molekul yang merupakan imej cermin antara satu sama lain

Kit alat kimia mereka telah digunakan untuk menemui ubat baharu dan membuat molekul yang boleh menangkap cahaya dalam sel suria.

Gambar Via BBC

Banyak terima anugerah

Selain hadiah Nobel, Prof David menerima pelbagai lagi anugerah lain termasuk Hadiah Centenary 2019 daripada Royal Society of Chemistry dan Anugerah Gabor A.Somorjal 2018 untuk Penyelidikan Kreatif dalam Pemangkinan daripada American Chemical Society (ACS).

Beliau juga pernah menerima Hadiah Ryoji Noyori 2017 , Anugerah Harrison Howe dan Ernst Schering pada 2015 dan Anugerah Pemangkin Bahan Kimia Mitsui 2011.

Tidak cuma itu, beliau juga ahli Persatuan Diraja Edinburgh, ahli Akademi Sains Kebangsaan dan Akademi Seni dan Sains Amerika.

Pihak Universiti Princeton pula memuji hasil kerja Prof David dan mengatakan bahawa cara yang dilakukan olehnya itu sangat analitikal, kreatif dan membawa kepada perkara yang lebih baik.

“Teknik yang dibangunkannya kini digunakan untuk menyiasat proses biologi dengan cara baharu.

“Tetapi ia juga mempunyai peranan yang lebih umum dalam alam sekitar. Ia bukan setakat boleh membuat molekul yang anda tidak boleh buat sebelum ini,” kata pihak universiti itu.

BACA: Saintis Temui Partikel Plastik Dalam Darah Manusia Buat Pertama Kali

Sumber: BBC