Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

GTA Calonkan Pelakon & Pengarah Malaysia Pada PRU15
Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan nama Parti Pejuang Tanah Air mencalonkan pengarah filem Ahmad Idham dan pelakon Eizlan Yusof untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Difahamkan, masing-masing yang dicalonkan bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam.
Memetik BERNAMA, Ketua Setiausaha GTA Marzuki Yahya bakal bertanding di Parlimen Sungai Petani yang sebelum ini disandang oleh PKR Datuk Johari Abdul.
“Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) GTA akan diumum barisan pimpinan negeri esok,” kata Marzuki Yahya memetik BERNAMA.
Difahamkan juga, parti tersebut mengemukakan 121 calon Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berita lanjut akan menyusul.
Sumber: BERNAMA