Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PTPTN Perkasa Budaya Menabung Untuk Pendidikan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026 pada hari ini bersempena dengan sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN bertempat di Central i-City Mall, Shah Alam, Selangor.

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) merupakan program signature PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia. Tahun 2026 merupakan tahun kesembilan penganjurannya sejak 2018. Program BMS 2026 bermula pada 25 September 2026 hingga 1 November 2026 dan majlis pelancaran adalah pada 26 September 2026 bagi peringkat nasional. Manakala bagi peringkat negeri, Sambutan BMS 2026 akan diadakan di Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 3 Oktober 2026 (Sabtu) serta diadakan serentak seluruh negara di lokasi-lokasi terpilih.

BMS 2026 mengetengahkan tema “Di Bawah Lautan (Under The Sea)” dan mengekalkan tagline “Jom Jadi Superhero Anak Anda”. Tema ini mengangkat konsep eksplorasi dunia bawah laut sebagai simbol perjalanan membina tabiat menabung, merancang kewangan dan merealisasikan impian pendidikan anak-anak. Seperti sebuah pengembaraan yang memerlukan persediaan, begitu jugalah perjalanan pendidikan yang perlu dirancang sejak awal.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak. Antaranya, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Simpan SSPN Got Talent, Pertandingan Pakaian Beragam, Pertandingan Action Song Simpan SSPN, Happy Hour, Pertandingan PTPTN E-Sports Challenge dan banyak lagi. Orang ramai yang berkunjung ke kaunter PTPTN turut berpeluang untuk mendapatkan cenderahati eksklusif BMS 2026 yang menarik melalui penabungan dalam Simpan SSPN.

BMS 2026 merupakan inisiatif pemerkasaan penabungan yang dipelopori oleh PTPTN bertujuan untuk memastikan setiap ibu bapa menjadi adiwira atau ‘superhero’ kepada anak-anak dengan mempunyai perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN berkata, “Penabungan bukan sekadar menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Penabungan merupakan satu bentuk persediaan yang memberikan keluarga lebih banyak pilihan dan ruang untuk merancang perjalanan pendidikan anak-anak. Semoga BMS 2026 terus menjadi platform yang menyemarakkan budaya menabung serta melahirkan generasi MADANI yang bertanggungjawab dan celik kewangan.

“Sehingga 31 Ogos 2026, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM25.86 bilion dengan 7.66 juta akaun yang telah dibuka. Prestasi ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik dan sokongan pendeposit kekal utuh. Pada BMS tahun ini, PTPTN menetapkan sasaran jumlah terimaan deposit Simpan SSPN sebanyak RM250 juta.” tambah beliau lagi.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 secara percuma bagi satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, patuh syariah dan simpanan yang dijamin kerajaan. Pelbagai kempen dan promosi turut dipergiat bagi menyemarakkan lagi amalan penabungan antaranya dengan mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2026.

Ketika Majlis Pelancaran BMS 2026, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik BMS 2026 serta penyampaian hadiah pemenang Cabutan Simpan SSPN Baru Slay! Kategori Cabutan Slay 2, Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2026 Kategori Cabutan WOW! Plus Siri 2 dan Pertandingan Action Song Simpan SSPN.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung melalui Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman. PTPTN yakin dengan sokongan semua pihak, visi PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara dapat direalisasikan. Untuk maklumat lanjut berkenaan BMS 2026, layari www.ptptn.gov.my/BMS2026.