Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PTPTN Sumbang Simpanan SSPN RM1,000 Setiap Seorang Kepada Tiga Anak Amirul Hafiz
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih PTPTN telah menziarahi waris kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar di Batu Kurau, Perak yang merupakan mangsa kemalangan jalan raya akibat dirempuh pemandu mabuk dalam satu kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.
Sebagai tanda sokongan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN telah menyampaikan sumbangan kepada tiga orang anak mangsa dalam bentuk simpanan Akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM3,000 dengan setiap anak menerima RM1,000.
Turut hadir sama sewaktu sesi ziarah tersebut ialah Pengerusi PTPTN Dato' Seri Norliza Abdul Rahim, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Perak Andi Nurali Mohamed.

Norliza berharap sumbangan melalui inisiatif CSR ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh waris yang kehilangan insan tersayang.
"Walaupun tiada apa yang mampu menggantikan kehilangan seorang suami dan bapa, kami berharap sumbangan ini dapat menjadi sokongan bermakna dalam memastikan pendidikan anak-anak Allahyarham terus terbela, di samping membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tabah," katanya.
PTPTN juga telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.
"Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas 2 simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah,” ujar beliau lagi.
Bukan itu sahaja, Produk Simpan SSPN Plus turut menawarkan enam pakej serendah RM30 sebulan (Pakej Intan) hingga RM500 (Pakej Berlian) dengan manfaat perlindungan takaful ke atas pendeposit sehingga RM1.2 juta.
Malah, manfaat khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak serta perlindungan takaful sehingga umur pendeposit 69 tahun tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan turut ditawarkan.
Selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN Prihatin: Kami Kongsi, Kami Bantu, PTPTN akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR terutamanya dalam aspek pendidikan demi pembangunan anak bangsa.
"Untuk maklumat lanjut berkenaan Simpan SSPN, layari portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat," kata PTPTN.