Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PTTI Cipta Kelainan Bantu Calon SPM Yang Masih Ketinggalan

SPM

PTTI Cipta Kelainan Bantu Calon SPM Yang Masih Ketinggalan

Pusat tuisyen terkemuka negara, PTTI terus mencipta kelainan apabila menganjurkan acara Tayangan Perdana "Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A's" di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX, semalam.

Ia sebagai usaha memberi inspirasi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya mereka yang masih bergelut dalam pelajaran. Tayangan eksklusif itu mengetengahkan kisah sebenar pengorbanan, kesungguhan dan perjuangan pelajar, ibu bapa serta guru-guru PTTI dalam menjayakan Program Selekoh Akhir yang berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang sejak diperkenalkan pada tahun 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, dokumentari tersebut dihasilkan bagi membuka mata masyarakat terhadap usaha dan proses sebenar yang berlaku di sebalik kejayaan luar biasa pelajar-pelajar PTTI.

"Rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI. Tetapi, semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali. Itulah sebab kami hasilkan Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A's," katanya.

Sepanjang acara tersebut, PTTI turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan program berkenaan. Kesemua guru adalah pendidik sepenuh masa di PTTI yang telah menjalani latihan intensif, selain mempunyai pengalaman mengajar yang luas dengan sebahagiannya berkhidmat lebih 25 tahun dalam subjek Matematik Tambahan dan kebanyakannya memiliki pengalaman melebihi sedekad.

Malah, barisan tenaga pengajar itu turut terdiri daripada individu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang yang berkongsi satu matlamat sama, iaitu membantu setiap pelajar mencapai potensi terbaik mereka.

Cikgu Fana berkata, Program Selekoh Akhir adalah program persediaan intensif selama tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan SPM yang dibangunkan khusus untuk membantu pelajar yang masih lemah atau ketinggalan dalam akademik.

“Sejak diperkenalkan lapan tahun lalu, program ini berjaya membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi daripada gred G kepada A, malah tidak kurang juga berjaya memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM. Kejayaan konsisten itu turut membolehkan PTTI menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race berkata, Program Selekoh Akhir diwujudkan berasaskan kepercayaan bahawa setiap pelajar masih mempunyai peluang untuk mengubah masa depan mereka selagi belum menduduki peperiksaan.

"Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi masih ada masa sebelum peperiksaan, selagi itu masih ada peluang untuk bangkit. Selekoh Akhir diwujudkan khusus untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar yang gagal juga mampu mencapai keputusan cemerlang jika dia membuat keputusan yang betul sekarang," katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK, Iman, Alyssa Dezek yang juga pelajar Selekoh Akhir 2025 dan memperoleh keputusan 9A dalam SPM, selain Madammu, Asyraf Khalid, Tya Arifin serta alumni Program Selekoh Akhir bagi sesi 2019 hingga 2025.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Online Selekoh Akhir SPM PTTI boleh melayari www.ptti.my untuk maklumat lengkap serta pendaftaran program.