Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PUBG Mobile & Naruto Shippuden Berkolaborasi Paling Besar Sepanjang 8 Tahun Sejarah Permainan Ini

PUBG

PUBG Mobile & Naruto Shippuden Berkolaborasi Paling Besar Sepanjang 8 Tahun Sejarah Permainan Ini

PUBG MOBILE, antara permainan mudah alih paling popular di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama terbaharunya bersama NARUTO SHIPPUDEN, salah satu francais anime paling ikonik dan berpengaruh sepanjang zaman.

Sebagai antara kolaborasi paling bercita-cita tinggi dalam sejarah PUBG MOBILE, Versi 4.5 yang bakal dilancarkan pada 9 Julai ini akan membolehkan pemain menghayati dunia NARUTO menerusi pengalaman yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini di platform unik PUBG MOBILE.

Dibangunkan di bawah seliaan Jawatankuasa Produksi Naruto, kolaborasi ini menampilkan mekanik permainan yang diintegrasikan secara menyeluruh, persekitaran yang diubah suai, serta penghasilan semula lokasi-lokasi ikonik dan kebolehan yang telah menjadi identiti NARUTO selama beberapa generasi. Menerusi kerjasama berskala besar ini, pemain berpeluang mengunjungi lokasi penting dalam jalan cerita Naruto seperti Hidden Leaf Village, Hokage Rock dan The Final Valley, selain beberapa lokasi ikonik lain.

Bagi memberikan pengalaman sebenar sebagai seorang shinobi elit, pemain turut boleh menguasai pelbagai ninjutsu hebat seperti Chidori, Rasengan, Shadow Clone, Flying Raijin Jutsu dan banyak lagi. Walaupun maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat, PUBG MOBILE turut mendedahkan bahawa permainan ini bakal menampilkan pertarungan khas menentang The Nine-Tails, makhluk legenda yang menjadi tunjang kepada kisah asal usul Naruto.

Pemain juga boleh menantikan pelancaran pelbagai set kostum bertemakan watak-watak popular seperti Naruto, Sasuke, Sakura, Kakashi, Hinata, Tsunade, Jiraiya, Gaara dan Madara, di samping pelbagai kandungan eksklusif lain yang akan diumumkan kelak.

"PUBG MOBILE komited untuk terus menetapkan penanda aras baharu dalam hiburan interaktif menerusi kerjasama inovatif dan pengalaman permainan premium. Pengaruh global NARUTO yang berkekalan serta komuniti peminatnya yang amat besar menjadikan kolaborasi ini satu padanan yang semula jadi. Dengan menggabungkan ikon budaya yang digemari ramai bersama intensiti, kedalaman dan skala permainan PUBG MOBILE, kami yakin kolaborasi ini akan menjadi antara pengalaman crossover paling besar dan paling dinantikan pernah kami tampilkan," kata Vincent Wang, Ketua Penerbitan PUBG MOBILE di Tencent Games.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, NARUTO terus mengekalkan kedudukannya sebagai antara siri anime dan manga paling popular serta berpengaruh di dunia. Francais ini masih berjaya menarik puluhan juta penonton di seluruh dunia, sekali gus membuktikan popularitinya yang berterusan, daya tarikan merentas generasi serta kedudukannya sebagai antara francais hiburan terkemuka dunia.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama PUBG MOBILE bersama NARUTO SHIPPUDEN serta Versi 4.5 menjelang pelancarannya pada 9 Julai akan diumumkan tidak lama lagi. Muat turun permainan ini secara percuma melalui App Store dan Google Play Store.