Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Puji Sedap, Lelaki Algeria Terus Jadi “Ketagih” Lepas Cuba Teh Tarik

Athirah
ketagih teh tarik
Kredit: @redadteach68 via TikTok

Puji Sedap, Lelaki Algeria Terus Jadi “Ketagih” Lepas Cuba Teh Tarik

Malaysia sering digelar sebagai “syurga makanan” kerana kepelbagaian hidangan yang lahir daripada pertembungan budaya Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain.

Dari nasi lemak yang harum santannya, roti canai yang lembut dimakan bersama kuah kari, hingga char kuey teow yang penuh aroma menjadikan setiap hidangan mencerminkan identiti unik negara ini.

Selain itu, tiada yang lebih sinonim dengan budaya santai rakyat Malaysia selain teh tarik, iaitu minuman ikonik yang menjadi kegemaran orang ramai.

Aroma teh pekat yang ditarik tinggi menghasilkan buih halus di permukaannya, sekali gus menjadi simbol keramahan dan gaya hidup masyarakat di kedai mamak.

Tidak kiralah sama ada rakyat tempatan ataupun pelancong asing, teh tarik sentiasa menjadi pilihan kerana keunikan rasa serta cara penyediaannya yang istimewa.

Lelaki Algeria puji teh tarik sedap

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga Algeria menikmati secawan teh tarik di sebuah kedai mamak di Malaysia

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @redadteach68, lelaki warga Algeria itu dilihat sedang menikmati hirupan pertama teh tarik dari cawannya.

Selepas menikmati hirupan pertama teh tarik itu, raut wajahnya jelas memaparkan ekspresi teruja.

Malah, reaksi spontan yang ditunjukkan turut menggambarkan rasa puas terhadap keunikan minuman kegemaran masyarakat Malaysia itu.

Lelaki itu kemudiannya mengambil hirupan kedua dan sempat memuji kesedapan teh tarik itu kepada @redadteach68.

“Kawan saya dari Algeria datang ke Malaysia buat pertama kali dan saya ajak dia cuba Teh Tarik. Tengok wajah dia selepas itu!” kata pemilik video berkenaan.

Menerusi video yang lain, @redadteach68 bersama rakan-rakannya dilihat sedang duduk di sebuah kedai makan.

Apa yang lebih melucukan lagi ialah mereka turut memesan teh tarik, seolah-olah minuman ikonik itu sudah menjadi kegemaran baharu mereka.

Salah seorang daripada rakannya turut kelihatan sedang menikmati segelas teh tarik sambil menyebut perkataan “sedap”, menandakan mereka sama-sama mengakui keenakan minuman tersebut.

“Semua kawan saya sekarang ketagih teh tarik Malaysia,” kata @redadteach68.

BACA: Fenomena “Blood Moon” Dijangka Berlaku Malam Ini – MYSA
BACA: Rider Nekad “Balas Dendam”, Kejar Anjing Satu Taman Buat Ramai Terhibur
BACA: Pengantin Berbangsa India Penuhi Hajat Ibu, Pilih Tema Kahwin Adat Melayu

Sumber: @redadteach68 via TikTok