Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi

Hannah
Jemaah Umrah India Maut
Gambar: Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS)

Puluhan Jemaah Umrah India Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Arab Saudi

NEW DELHI, 17 Nov (Bernama) — Puluhan jemaah umrah dari India maut dalam kemalangan jalan raya di Arab Saudi pada malam Ahad ketika dalam perjalanan menuju ke kota suci Madinah.

Bas yang membawa mereka dari Makkah berlanggar dengan sebuah lori tangki berhampiran Madinah, mengakibatkan kebakaran besar.

Ramai daripada jemaah terbabit berasal dari negeri Telangana di selatan India, dengan angka korban dilaporkan mencecah 42 orang, menurut media India pada Isnin.

Kedutaan India di Riyadh dan konsulat di Jeddah “kini memberikan sokongan penuh kepada rakyatnya dan keluarga yang terjejas akibat kemalangan ini,” kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar dalam hantaran di platform sosial X.

BACA: Letupan Kuat Gegar Kawasan Perindustrian Di Argentina

Sumber: BERNAMA