Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PUMA Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya 2026/27, Kekalkan Identiti Hitam Kuning

PUMA Malaysia bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan Jersi Home dan Away Harimau Malaya bagi musim 2026/27 dengan mengetengahkan tema “Inilah Warna Kita”.

Jersi baharu itu masih mengekalkan warna ikonik Hitam Kuning yang sinonim dengan Harimau Malaya, selain membawa elemen yang menggambarkan semangat dan perpaduan penyokong bola sepak negara.

Jersi Home diinspirasikan daripada corak belang harimau yang melambangkan kekuatan, ketangkasan dan keberanian, selari dengan identiti Harimau Malaya.

Sementara itu, jersi Away tampil dalam rona biru navy dengan corak celoreng, mengambil inspirasi daripada warna biru pada Jalur Gemilang. Reka bentuk itu mengetengahkan elemen perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia.

Selain reka bentuk baharu, kedua-dua jersi turut dilengkapi teknologi prestasi PUMA bagi memberikan keselesaan dan kebebasan bergerak ketika beraksi.

Antara teknologi yang digunakan ialah:

  • ULTRAWEAVE – fabrik ultra-ringan yang direka untuk pergerakan lebih bebas.

  • dryCELL – membantu mengalirkan peluh supaya pemakai kekal kering dan selesa.

  • ThermoAdapt – membantu mengawal haba bagi mengekalkan keselesaan ketika suhu badan berubah.

Menurut Pengurus Negara PUMA Malaysia, Steven Tan, koleksi baharu itu menggabungkan identiti bola sepak Malaysia dengan teknologi prestasi PUMA.

“‘Inilah Warna Kita’ meraikan warna yang telah sebati dengan identiti bola sepak Malaysia serta kebanggaan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia,” katanya.

Harga dan tempat jualan

Jersi PUMA FAM Harimau Malaya 2026/27 kini boleh didapati pada harga:

  • Jersi Authentic dewasa: RM549

  • Jersi Replica dewasa: RM319

  • Jersi Junior: RM269

Ia boleh dibeli menerusi PUMA.com, Kedai PUMA, Al-Ikhsan dan Football Republic.