Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perjalanan solo kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram; ia telah menjadi satu gerakan, mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah perjalanan yang lebih bebas dan bermakna.
Malah, menurut laporan Solo Female Travel Trends and Statistics 2024, wanita kini menyumbang 70 peratus daripada lawatan ke laman web hotel di seluruh dunia, menekankan pengaruh mereka yang semakin besar dalam perancangan dan tempahan perjalanan.
Di Asia Tenggara, wanita semakin berani memilih pengembaraan solo dengan 2.6 kali lebih banyak pada tahun 2022 sahaja!
Sempena Hari Wanita Antarabangsa, redBus mengetengahkan lima destinasi mesra solo yang memudahkan wanita Malaysia memulakan pengembaraan mereka sama ada percutian santai di dalam negara atau jelajah merentas sempadan.
1. Ipoh, Perak: Perjalanan Santai Menelusuri Masa

Kredit Foto: Laman Facebook Rasmi Concubine Lane - Lorong Panglima - 二奶巷
Perhentian Bas Terdekat: Terminal Bas Amanjaya ~12 km sahaja
Jika idea untuk travel solo membuatkan jantung berdebar, biar Ipoh menjadi “soft launch” anda. Ipoh adalah seperti sahabat mesra yang tidak pernah mengecewakan.
Bayangkan jalan berwarna pastel, mural nostalgia, dan sudut-sudut retro yang menunggu untuk anda terokai.
Idea Aktiviti Solo: Tempah tempat duduk tepi tingkap dalam bas ke Ipoh dan terus mulakan “heritage cafe crawl” anda. Dengan redBus Food Map sebagai panduan, anda boleh menemui rahsia kopi terbaik Ipoh, termasuk Kedai Kopi Nam Heong, di mana kopi putih asli menjadi ritual solo yang sederhana tetapi memuaskan.
Selepas cukup menikmati kafein, berjalanlah sekejap ke Muzium Yasmin di Kong Heng. Luangkan satu jam menulis di jurnal anda; ini cara santai untuk merenung diri sambil menikmati suasana bersejarah.
2. Kuala Lumpur: Untuk Pengembaraan Bandar

Kredit Foto: Laman Facebook Rasmi Central Market Kuala Lumpur
Terminal Bas Terdekat: Terminal Bas Bersepadu Selatan ~13 km sahaja
Kadangkala, percutian terbaik boleh ditemui di “halaman belakang” sendiri. Bagi gadis kota yang ingin melihat ibu negara dari sudut baharu, KL menawarkan pengalaman budaya yang lebih dalam daripada yang disangka jika tahu ke mana hendak mencari.
Dengan fenomena “Stamp Hunting” 2026, sistem pengangkutan awam bandar ini berubah menjadi satu permainan mencari harta karun yang penuh ganjaran.
Idea Aktiviti Solo: Naik LRT atau MRT dan mulakan aktiviti “stamp hunting” anda. Kumpulkan cop-cop seni daripada Central Market, REXKL, dan Bangunan Zhongshan. Rasai kepuasan, kebebasan kreatif, dan nikmati momen seperti satu-satunya dewasa yang benar-benar seronok bermain mencari harta karun.
3. Cameron Highlands, Pahang: Tarikan Udara Segar

Kredit Foto: Laman Facebook Rasmi BOH Sungai Palas Tea Garden
Terminal Bas Terdekat: Terminal Bas Tanah Rata ~5 km sahaja
Apabila bunyi bising kota mula menjadi gema yang melelahkan, puncak berkabus Cameron Highlands menawarkan tempat perlindungan sempurna. Ia adalah lokasi ideal untuk unplug dan membiarkan alam semula jadi yang berbicara.
Udara sejuk serta bukit-bukit hijau ladang teh menyediakan latar semula jadi untuk merenung diri dan memulihkan tenaga.
Idea Aktiviti Solo: Jika idea untuk memandu seorang diri di jalan berbukit terasa menakutkan, tinggalkan tekanan merancang dan pilih pengalaman yang telah disusun. Anda boleh menempah Lawatan Separuh Hari Cameron Highlands & Mossy Forest terus melalui redBus, membolehkan anda bersantai sementara seorang pemandu tempatan membawa anda menelusuri hutan berkabus yang pernah menduduki kedudukan kelima dalam Senarai Hutan Paling Instagrammable Dunia oleh Lonely Planet.
Lawatan ini juga singgah di BOH Tea Centre (Sungei Palas Garden) yang terkenal, di mana anda boleh melawat kilang ladang teh serta membeli-belah cenderahati.
Selepas menikmati panorama indah, teruskan solo date anda dengan strawberi segar yang dipetik sendiri dan pencuci mulut lazat di ladang strawberi tempatan, ganjaran tepat selepas seharian meneroka. Ia cara yang mudah dan menyeronokkan untuk menikmati keindahan tanah tinggi sambil mengekalkan aura main character anda.
4. Johor Bahru, Malaysia ke Batam, Indonesia: “Day Trip” Antarabangsa Anda

Kredit Foto: Lama Web Rasmi Mega Mall Batam Centre
Sudah bersedia membawa status solo anda merentas sempadan? Laluan dari Berjaya Waterfront (Johor Bahru) ke Batam Centre menawarkan pengalaman perjalanan antarabangsa yang mudah.
Dalam kurang dari dua jam, anda boleh menukar panorama bandar Malaysia kepada pengalaman pulau Indonesia yang meriah dan berwarna-warni.
Idea Aktiviti Solo: Tempah tiket feri anda melalui redBus dan terus ke Batam untuk menikmati Self-Care Day. Setibanya di Batam Centre, berjalan kaki ke Mega Mall berhampiran untuk sesi spa yang mewah tetapi mesra bajet.
Manjakan diri dengan mandian krim tradisional Indonesia atau urutan seluruh badan sebelum menikmati makanan laut segar di tepi laut.
Anda akan kembali ke Johor Bahru menjelang malam, dengan cop baru di pasport dan keyakinan seorang pengembara solo antarabangsa.
5. Langkawi, Malaysia ke Koh Lipe, Thailand: Impian Jelajah Pulau

Kredit Foto: Laman Web Rasmi Tourism Authority of Thailand
Bagi wanita yang benar-benar ingin “melarikan diri”, perjalanan dari Kuah Jetty, Langkawi ke Bundhaya Beach, Koh Lipe adalah pengalaman yang magis. Ini adalah solo date tahap mahir, satu peralihan dari pantai-pantai Malaysia yang biasa kepada “Maldives Thailand” yang airnya jernih bak kristal.
Idea Aktiviti Solo: Setibanya di terminal feri Bundhaya Beach, daftar masuk ke chalet anda, kemudian mulakan petang dengan menuju ke kafe tepi pantai untuk menikmati kelapa segar.
Apabila hari mula senja, air yang tenang dan cetek di sini sesuai untuk mandian solo atau sesi snorkeling ringkas di pantai.
Selepas itu, jalan ke Walking Street berhampiran untuk meninjau gerai-gerai perhiasan tangan dan pelbagai juadah tempatan Thailand.
Akhiri hari anda di bar tepi pantai dengan kaki menyentuh pasir, melihat persembahan tarian api sambil menyedari bahawa anda berjaya menyusuri sempadan laut antarabangsa dan zon waktu berbeza seorang diri.
Pengembaraan Anda, Cara Anda
Perjalanan solo bukan sekadar bercuti; ia adalah bukti bahawa anda boleh menulis cerita sendiri, menikmati kopi sendiri, dan mencipta kenangan sendiri tanpa menunggu sesiapa pun.
Sudah bersedia untuk menempah pengembaraan solo pertama anda (atau seterusnya)? Layari redBus hari ini untuk menempah tiket bas atau feri, dan gunakan kod REDBUS60 untuk menikmati diskaun segera 30% sehingga RM10 & cashback 30% sehingga RM18 bagi SEMUA tiket. Sama ada petang nostalgia di Ipoh atau senja di Koh Lipe, tempat duduk anda menanti. Jadi, ke mana anda akan bawa diri dahulu?