Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Raja Perlis Berkenan Terima Mengadap Duta Besar Republik Indonesia

Raja Perlis Berkenan Mengadap Duta Indonesia
Kredit: Bernama

ARAU, 23 Sept (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya di Balai Mengadap Biru, Istana Arau di sini, semalam.

Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan itu mencerminkan hubungan erat yang terus berkembang antara Malaysia dan Indonesia, khususnya Perlis sejak sekian lama.

“Kedudukan Perlis yang bersempadan dengan Thailand serta berdekatan dengan wilayah utara Sumatera turut memberi kelebihan strategik kepada negeri ini dalam memperkukuh hubungan rentas sempadan serta jaringan kerjasama serantau,” menurut Istana Arau.

Turut hadir Konsul Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang Wanton Saragih Sidauruk.

Istana Arau memberitahu hubungan Perlis dengan Indonesia diperkasa melalui kerjasama dalam bidang pendidikan, terutama menerusi penubuhan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di negeri itu.

“UMAM merupakan satu-satunya kampus Universiti Muhammadiyah pertama di luar Indonesia dan baru sahaja melantik Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Canselor baru-baru ini (pada 14 Sept lepas),” kata Istana Arau.

Menurut Istana Arau, turut aktif adalah dalam sektor ekonomi, perdagangan, pelancongan serta hubungan masyarakat, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pertukaran kepakaran, peluang ekonomi dan manfaat bersama.

Mohammad Iman dilantik sebagai Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia pada 8 Okt 2025.

Intipati
  • Raja Perlis menerima mengadap Duta Besar Indonesia di Balai Mengadap Biru, Istana Arau.
  • Istana Arau berkata pertemuan itu mencerminkan hubungan erat Malaysia-Indonesia, khususnya dengan Perlis.
  • Kerjasama turut diperkasa melalui UMAM, ekonomi, perdagangan, pelancongan dan hubungan masyarakat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan