Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramadan Penuh Rasa & Kehangatan di EQ, Tempah Tempat Anda Sekarang

Kembali sebagai salah satu tawaran Ramadhan ikonik EQ, Citarasa Nipah menampilkan bufet malam yang luas, diinspirasikan daripada warisan kulinari Malaysia, menggabungkan resepi tradisi tempatan dan resipi turun-temurun.

Tetamu boleh memulakan dengan pilihan pembuka selera yang segar seperti ulam-ulaman, kerabu, sambal rumah, jeruk, keropok, dan ikan kering. Hidangan panas menonjolkan makanan khas Melayu dan juadah kegemaran setiap kali bulan Ramadhan, termasuk bubur lambuk, daging dan hasil laut salai, seperti Daging Salai Masak Lemak dan Udang Galah Masak Lemak.

Antara hidangan utama yang menarik perhatian seperti, Daging Bakar Tomahawk, Kambing Golek berperisa tempatan, dan Briyani Gam Johor. Pilihan laut segar, dan sajian interaktif turut melengkapkan pengalaman.

Manisan juga tidak ketinggalan, termasuk kuih tradisional Melayu, bubur pengat pisang, bubur jagung, serta cendol dan ais kacang. Peminat durian boleh menikmati Serawa Durian dengan Pulut dan Roti Pandan yang sangat memikat rasa.

Citarasa Nipah berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026, jam 6.30PM – 10.30PM. Harga bufet: RM248+ dewasa, RM124+ kanak-kanak (6–12 tahun). Tempahan kumpulan minimum 15 orang menikmati harga promosi RM198+ dewasa. Promosi Early Bird: 19–22 Februari & 19–20 Mac 2026, RM198+ dewasa.

Berbuka Puasa di EQ Bazar

Untuk tetamu yang mahukan pengalaman berbuka yang lebih dinamik, EQ Bazaar kembali pada 2026 di Tingkat 3 dengan konsep gerai ala bazar Ramadan. Penambahan The Garden memberi dimensi baru dan menjadikan pengalaman lebih segar.

Bazar ini menampilkan 12 stesen makanan dan 2 kaunter minuman sejuk, termasuk air balang. Pilihan termasuk shawarma, Nasi Minyak, Nasi Daging, satay dan grill dari masakan Arab, Melayu dan Barat seperti shish tawook, shish kebab, Ikan Pari Bakar dan Lamb Shoulder. Menu mee popular seperti laksa, serta makanan ringan seperti Roti John, popiah basah, dan apam balik turut disediakan.

Suasana diperkaya dengan persembahan live band tempatan, menjadikan ia santai dan meriah. Direka untuk keluarga dan kumpulan yang menghargai kepelbagaian dalam suasana santai, EQ Bazaar memberikan interpretasi moden kepada bazar Ramadan tradisional.

EQ Bazaar berlangsung dari 23 Februari hingga 20 Mac 2026, jam 6.30PM – 10.30PM. Harga: RM198+ dewasa, RM99+ kanak-kanak (6–12 tahun). Tempahan kumpulan minimum 25 orang: RM168+ dewasa. Early Bird: 23 Februari – 1 Mac & 19–20 Mac 2026, RM168+ dewasa.

Perkhidmatan Majlis & Catering Luar EQ

Sama ada majlis iftar intim atau open house Raya, EQ menyediakan pengalaman yang disesuaikan, penuh tradisi dan bermakna. Dari menu istimewa hingga dekorasi, setiap perincian direka untuk mencipta pengalaman yang lancar dan tak terlupakan.

Hadiah Ramadan & Raya

Selain pengalaman berbuka, EQ menawarkan pilihan hadiah dan barangan korporat termasuk kuih raya, kurma coklat, madu, kipas tangan, sambal, dan hamper.

Antaranya juga terdapat praline istimewa Sulaman Kasih. Harga bermula RM98+ hingga RM458+, termasuk yang boleh dibeli di lobi EQ dari 19 Februari hingga 31 Mac 2026.

Tempahan & Pertanyaan: