Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Ingat Selamat, Ini Risiko Lari Dalam Bilik Air Bila Berlaku Kebakaran
Setiap kali berlakunya kebakaran, kebanyakan mangsa yang terkorban lazimnya ditemukan berdekatan atau di dalam bilik air.
Perkara ini sering menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi berbeza.
Jika berfikir secara logik, pasti ramai yang berfikir bahawa bilik air merupakan tempat yang agak selamat untuk berlindung sementara menanti bantuan tiba.
Apatah lagi, air sinonim sebagai pemadam kebakaran.
Jadi, sekurang-kurangnya apabila kita berada di dalam bilik air, pasti kita dapat memadamkan api yang cuba mendekati, kan?
Namun ramai yang tak tahu sebenarnya, lokasi ini mungkin menjadi antara lokasi sangat bahaya yang boleh meragut nyawa anda.
"Ramai yang beranggapan bahawa bilik air itu adalah tempat yang sejuk. Bila berlaku kebakaran, mangsa akan pergi di situ.
"Sebenarnya, bilik air itu apabila sekelilingnya panas, ia akan menjadi macam wap untuk mangsa.
"Jadi, bila anggota bomba datang selepas proses pemadaman api itu, mangsa akan menjadi tak ubah seperti siakap 'steam'," kata Mohammad Nu'Aim 'Izzuddin, Pegawai Cawangan Program Kesedaran dan Keselamata Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Apabila berlaku kebakaran, keluar daripada rumah dan berkumpul di satu tempat yang selamat (sebolehnya 100 kaki daripada rumah atau premis)
Kunci jangan diletakkan secara 'selonggok' atau letak di kawasan yang yang mudah dicapai dan dilihat (rata-rata mangsa terkorban di depan pintu kerana tak sempat buka pintu rumah)
