Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Tak Boleh Guna WhatsApp, Dakwa Akaun Tiba-Tiba Disekat

Ramai Tak Boleh Guna WhatsApp

Ramai Tak Boleh Guna WhatsApp, Dakwa Akaun Tiba-Tiba Disekat

Tular perkongsian orang ramai di media sosial yang mendakwa bahawa akaun WhatsApp dan WhatsApp Business disekat secara tiba-tiba.

Menerusi beberapa perkongsian di Threads, mereka tidak dapat menggunakan aplikasi itu selepas muncul notis "Account in review".

Paparan notis itu juga menunjukkan bahawa keputusan semakan akan dimaklumkan dalam tempoh 24 jam.

Kredit: akimi.akibi
Kredit: Fara_vanilla78

"Maklumat peranti dan aktiviti akaun anda sedang diperiksa bagi memastikan ia mengikut Terma Perkhidmatan kami," tulis makluman itu.

Malah ada juga paparan yang menunjukkan akaun tidak lagi boleh digunakan.

Kredit: abcdefghijkknain
Kredit: fessarento_
Kredit: putrisyira
Kredit: the.cakery.co

"Beberapa aktiviti dalam akaun anda mungkin tidak mengikut Terma Perkhidmatan kami.

"Anda boleh membuat permohonan melakukan semakan untuk mendapatkan semula akses akaun anda termasuk semua perbualan atau mesej terbaharu.

"Kebanyakan semakan akan selesai dalam tempoh 24 jam," kata WhatsApp.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan mengapa sekatan itu tiba-tiba dikenakan terhadap beberapa pengguna.