Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kita selalu dengar mengenai isu hak-hak pekerja dan pelajar latihan industri, namun amat jarang kita dengar tentang soal hak pekerja ‘part-time’. Mereka juga manusia, pastilah ada hak yang perlu dipertahankan.
Tahukah anda, seorang pekerja ‘part time’ juga BERHAK menerima bayaran gaji OT apabila bekerja lebih daripada jam kerja sebenar? Inilah isu yang dikupas dalam artikel kali ini.
Justeru, seorang peguam yang menggunakan nama Nas Rahman (gambar), beliau baru-baru ini berkongsi mengenai 10 perkara atau hak pekerja ‘part time’ yang kita semua wajib tahu, baik pekerja sendiri ataupun majikan.
Jom baca perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat!
Siapa sini kerja part-time? Zaman belajar dulu, aku pun selalu juga kerja part-time masa cuti semester. Ingat ye, walaupun kita pekerja part-time, tak bermaksud kita tak ada hak sebagai seorang pekerja.
Siapa pekerja part-time? Untuk dikelaskan sebagai pekerja part-time, pekerja tu kena kerja melebihi 30% tapi kurang dari 70% jam kerja pekerja biasa.
Contoh, dalam syarikat Y, pekerja biasa kerja 8 jam. Manakala Ali sebagai pekerja part-time dalam syarikat Y, waktu kerja biasa dia adalah antara 3 – 5 jam sahaja (lebih kurang).
So, dah tahu apa maksud pekerja part-time, jom kita tengok 10 perkara tadi.
1. Selain Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 juga terpakai kepada pekerja part-time

2. Pekerja part-time boleh dapat bayaran OT kalau dia kerja lebih dari jam bekerja pekerja biasa.
Kita ikut contoh Ali dalam syarikat Y tadi. Kalau Ali kena kerja extra 2 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 7 jam. Extra 2 jam tu akan dibayar sama dengan gaji sejam biasa dia.
Tapi kalau dia kena kerja extra 5 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 10 jam, lebih dari 8 jam waktu kerja pekerja biasa. Extra 2 jam tu Ali akan dibayar dengan kadar 1.5 dari gaji sejam biasa dia.
3. Pekerja part-time berhak untuk dapat minimum 7 hari cuti umum berbayar.
4. Cuti Tahunan (Annual Leave)
a) Kerja lebih setahun tapi kurang 2 tahun: 6 hari
b) Kerja lebih 2 tahun: 8 hari
c) Kerja lebih 5 tahun: 11 hari
5. Jika pekerja part-time diberhentikan, majikan wajib bayar cuti tahunan yang masih belum digunakan, kecuali jika pekerja dipecat sebab salah laku.
6. Cuti Sakit berbayar. 15
a) Kerja kurang dari 2 tahun: 10 hari
b) Kerja lebih dari 2 tahun tapi kurang 5 tahun: 13 hari
c) Kerja lebih 5 tahun:
7. Jika pekerja part-time kena kerja pada Hari Rehat, dia mesti dibayar gaji sebanyak 2 hari untuk hari tersebut. .
8. Seperti pekerja tetap, pekerja part-time juga tidak boleh diberhentikan oleh majikan tanpa alasan yang kukuh.
9. Jika diberhentikan secara tidak adil, pekerja part-time juga berhak untuk buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk kes pembuangan kerja tidak adil.
10. Jika majikan gagal patuhi Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 dan didapati bersalah, majikan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.
Sumber: