Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ramai Terkedu Bila Pelancong Jepun Kongsi Gambar ‘Lorong’ Di Malaysia

Hannah
pelancong jepun lorong malaysia
Gambar: Threads

Ramai Terkedu Bila Pelancong Jepun Kongsi Gambar ‘Lorong’ Di Malaysia

Malaysia memang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Dari pantai yang indah, makanan yang pelbagai, sehinggalah keramahan rakyatnya. Semua itu membuatkan ramai pelancong jatuh cinta.

Namun, ada satu perkara yang kita mungkin tak sangka boleh jadi tarikan pelancong asing.

Baru-baru ini, seorang warga maya dipercayai pelancong dari Jepun mencuri perhatian apabila berkongsi di aplikasi Threads tentang pengalamannya di Malaysia.

Bukan pasal Menara KL, bukan juga pasal nasi lemak, tetapi sekadar sebuah lorong kecil yang sering kita nampak di kawasan perumahan lama.

“Saya sangat suka jalan seperti ini di Malaysia,” tulisnya ringkas sambil memuat naik gambar lorong tersebut di Threads.

pelancong jepun lorong malaysia
Gambar: Threads
pelancong jepun lorong malaysia
Gambar: Threads

Bukan cuma itu, gambar di lorong pejalan kaki di sekitar bangunan kedai lama pun menurutnya ‘menarik’.

pelancong jepun lorong malaysia
Gambar: Threads

Hantaran itu cepat tular dan ramai netizen Malaysia sendiri terkejut. Mana tidaknya, lorong yang bagi kita nampak ‘biasa-biasa’ sahaja, rupanya dianggap menarik oleh orang luar.

Seperti biasa, ruangan komen bertukar jadi medan tawa. Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen bersahaja yang menghidupkan lagi suasana.

Namun, ada juga netizen yang ‘serius’ memberikan pandangan tentang lorong berkenaan.

“Tapi di sini tiada ikan koi. Sebaliknya, kita ada berudu.”

“Kita ada jentik-jentik lah.”

Ada yang buat lawak, ada juga yang serius berkongsi pengalaman. Misalnya, ada yang cerita dulu lorong sebegini jadi jalan pintas, tapi sekarang banyak yang dipasang pagar untuk elak kecurian.

“Sebenarnya tidak juga. Ada pintu pagar di belakang rumah yang membolehkan kita keluar melalui lorong itu. Tetapi kerana terbuka, ia kadangkala mengundang orang berniat jahat seperti mencuri melalui lorong tersebut. Jadi, kini mereka memasang pagar di hadapan lorong untuk mengelakkan perkara itu.”

“Di Malaysia, tiada siapa yang betul-betul mengambil berat tentang kebersihan lorong belakang seperti ini. Selalunya, ia kelihatan gelap, kotor, licin dan menjijikkan, malah dipenuhi tikus.”

Mungkin ‘peringatan’ juga untuk kita

Apa pun, perkongsian pelancong Jepun itu sebenarnya membuka mata kita. Kadangkala perkara kecil yang kita pandang remeh, boleh jadi sesuatu yang istimewa di mata orang luar.

Mungkin inilah masanya kita belajar untuk lebih menghargai dan menjaga sekeliling. Setiap sudut Malaysia, semuanya mencerminkan wajah negara kita di mata dunia.

BACA: Pelancong Asing Terkejut Dengan ‘Perangai’ Pemandu e-Hailing Malaysia

Sumber: Threads