Bagi siapa yang suka makan masakan Thai, pasti cukup kenal dengan beberapa jenis hidangan asli dari negara Gajah Putih ini. Antara makanan Thai yang terkenal di Malaysia ialah tomyam, somtam, aneka kerabu dan mi celup.
Bercakap tentang mi celup, baru-baru ini Yaya Suhaimi ada berkongsi resipi mi celup ala Thai di Group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN). Jadi, alang-alang hari ini hari Sabtu, apa kata kita cuba masak mi celup pula kan?
Boleh jadi santapan untuk makan malam nanti. Jom ikuti resipinya di bawah ini. Selamat mencuba!
Resipi mi / kuetiau celup Thai
Sekarang susah nak cari kedai yang buka, buat sendiri jaa senang. Tapi ni jenis kuah hitam kicap. Yaya bab makan memang cerewet. Kalau sedap tu, betul lah sedap. Tiber! Haha.
Hampa kena try, sedap/ Tapi depends air tangan jugak kot haha (ayat selamat).

Bahan-bahan untuk kuah (8-9 orang makan):-
1 labu bawang putih**
4-5 akar ketumbar**
1 sudu besar lada**
2 inci halia**
Sos ikan
Kicap soya cair
Kicap pekat
1 keping gula melaka
1 sup bunjut / sup bunjut tulang
Minyak masak
Ayam seekor / daging
Garam
Ajinomoto
1 kiub pati ayam
3 liter air
Cara-cara memasak kuah:-
Untuk yang tanda ‘**’, kena tumbuk atau blend bagi halus.
Lepas tu masukkan sedikit minyak, minyak dah panas masukkan bahan yang dah blend tadi. Tumis sampai naik bau.
Masukkan air. Dah masuk air, masukkan ayam/daging, gula melaka, sup bunjut/tulang, kiub pati ayam, Ajinomoto, sos ikan (lagi banyak lagi sedap), kicap soya cair (ikut sukatan sos ikan), kicap pekat (sekadar untuk jadikan kuah gelap dan ‘enhance’ kan rasa).
Lepas tu biarkan mendidih sampai lauk dah masak. Baru rasa kuah dan tambah garam. Garam last sebab sos ikan dan soy sauce tu masin sikit. Dah siap!
Bahan-bahan sampingan (hidangan):-
Taugeh (dicelur)
Kangkung (dicelur)
Mi/kuetiau (dicelur)
Kacang tumbuk
Serbuk cili
Minyak bawang putih
Daun ketumbar (dihiris halus)
Serbuk lada putih
Limau nipis
Bawang goreng (optional)
Gula (kalau suka manis)
Sorry, step by step tak ada. Sebab tak record masa masak. Selamat mencuba!
#ladybossnufiya
Sumber: Yaya Suhaimi melalui Masak Apa Hari Ini
