Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan terus mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Ini selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu yang dikemukakan di saat-saat akhir agar Tengku Maimum menarik diri daripada mendengar rayuannya.
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Selepas hampir tiga jam menangguhkan prosiding hari ini bagi memutuskan permohonan itu, Tengku Maimun ketika membacakan penghakiman panel berkenaan berkata tidak ada kaitan antara hantaran Facebook yang dimuat naik oleh suaminya dengan rayuan Najib di hadapan mahkamah.
“Hantaran ini dimuat naik empat tahun lepas,” katanya.
Sumber: Bernama