Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Barangan atau peralatan elektrik sangat penting dalam setiap isi rumah kerana ia boleh memudahkan urusan harian dan turut memberi keselesaan kepada penghuni.
Namun, harga peralatan elektrik seperti penyaman udara dan peti sejuk kebiasaannya agak mahal.
Bercakap mengenainya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) baru-baru ini telah memaklumkan mengenai Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) tahun 2026 bagi Kategori Domestik.
Program yang turut dilancarkan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia itu bermula pada bulan Julai.
PETRA berkata program tersebut adalah sebahagian daripada langkah kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan berikutan peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global akibat konflik di Asia Barat.
Untuk pengetahuan, pengguna domestik yang layak boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bahi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang mempunyai label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
Berikut SK kongsikan syarat kelayakan, cara permohonan dan cara semak kelayakan.
Warganegara Malaysia
Pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power)
Pembelian barangan elektrik (penyaman udara atau peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga
1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi 1 peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first serve basis
Pemohon tidak pernah membuat tuntutan di bawah Program NUR 2025
Anda boleh memohon dan menebus rebat program ini melalui dua cara iaitu:
Cara pertama (Pembelian di kedai berdaftar)
Semak senarai pekedai berdaftar di pautan https://nur.seda.gov.my/publics/retailer
Pergi ke kedai fizikal yang berdaftar di bawah Program NUR
Bawa bersama bil elektrik dan Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan
Pekedai akan bantu membuat semakan dan permohonan
Diskaun e-Rebat NUR boleh dimohon melalui pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga sahaja
Potongan diskaun e-Rebat RM200 akan diberikan secara terus semasa pembelian
Cara kedua (Pembelian dalam talian)
Layari platform e-Dagang yang tersenarai di bawah Program NUR
Cari pekedai berdaftar di bawah Program NUR di platform e-Dagang itu
Hubungi pekedai untuk mendapatkan bantuan memohon diskaun e-Rebat Program NUR
Pekedai akan meminta beberapa butiran untuk tujuan pengesahan
Semasa di fasa pembayaran, klik Baucar NUR dan potongan akan diberikan secara terus semasa pembelian

Layari laman web https://www.seda.gov.my/nurdomestik2026/
Pergi pada bahagian semak kelayakan

Masukkan nombor akaun elektrik dan pilih syarikat utiliti
Tekan semak

Anda juga boleh menyemak senarai pekedai berdaftar dan senarai model barangan yang terlibat di laman web yang sama.
Semoga bermanfaat.