Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Tiada Kategori
redBus Dedahkan Corak Pergerakan Rakyat Malaysia Pada 2025 Dan Jangkaan 2026

Syamimi

redBus Dedahkan Corak Pergerakan Rakyat Malaysia Pada 2025 Dan Jangkaan 2026

Daripada jalan raya di bandar hingga ke lebuh raya serantau, tahun 2025 menyaksikan perkembangan corak perjalanan di seluruh Malaysia.

Dengan tempahan tiket meningkat sebanyak 15% sepanjang tahun lalu, redBus menekankan kepentingan berterusan pengangkutan bas dalam mobiliti domestik, sekali gus membuka pentas kepada Tahun Melawat Malaysia 2026, yang akan menumpukan kepada penerokaan budaya serta peluasan kesalinghubungan.

Semua data yang dinyatakan adalah berdasarkan transaksi di platform redBus sahaja bagi tahun kalendar 2025.

“Pertumbuhan konsisten dalam perjalanan bas yang kami perhatikan sepanjang 2025 menegaskan peranan pengangkutan bas yang semakin penting dalam landskap mobiliti Malaysia. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia memilih bas sebagai alternatif yang praktikal dan selesa berbanding kenderaan persendirian,” kata Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan redBus.

“Seiring pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, kami teruja melihat para pengembara meneroka destinasi baharu di luar bandar-bandar utama. Melalui peluasan perkhidmatan serta pemanfaatan data dan cerapan perjalanan untuk menjangka permintaan, redBus membantu menjadikan perjalanan domestik lebih lancar, inklusif dan menyeronokkan untuk semua.”

Laluan Perjalanan Paling Popular di Malaysia

Antara laluan paling sibuk sepanjang 2025, beberapa laluan tampil sebagai pilihan utama pengembara tempatan. Di tangga teratas ialah perjalanan antara Kuala Lumpur dan Melaka, diikuti rapat oleh laluan Kuala Lumpur dan Johor, dan laluan ke Kuantan dan Pulau Pinang.

Berbanding tahun 2024, laluan-laluan ini mencatat pertumbuhan yang kukuh, dengan peningkatan tempahan tiket sebanyak 20%.

Corak perjalanan ini bukan sahaja menunjukkan destinasi yang paling kerap menjadi pilihan rakyat Malaysia, malah mengukuhkan kepentingan berterusan dalam menghubungkan hab serantau utama di seluruh negara.

Lonjakan Perjalanan Bermusim

Kalendar perayaan di Malaysia terus menjadi pemacu utama corak perjalanan, dengan tahun 2025 memperlihatkan perubahan yang lebih ketara.

Sepanjang setiap musim perayaan, tempahan tiket meningkat sekitar 10% berbanding bulan-bulan lain, dengan Hari Raya mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 12%, manakala Tahun Baharu Cina merekodkan lonjakan sebanyak 20.7%.

Dengan kedua-dua perayaan ini berlangsung berdekatan pada tahun ini, permintaan dijangka kekal tinggi sepanjang tempoh puncak perjalanan yang lebih panjang.

Berdasarkan musim perayaan sebelum ini, sebanyak 41% pengembara mengalami kesukaran mendapatkan tiket kerana bekalan yang tidak mencukupi di pasaran, meskipun penambahan bas serta perluasan laluan telah dilaksanakan.

Dengan jangkaan peningkatan perjalanan pada musim puncak akan datang, tempahan awal melalui redBus dapat membantu pengembara mendapatkan tarikh perjalanan pilihan mereka dengan lebih mudah.

Musim percutian hujung tahun turut mencatat ciri tersendiri, merangkumi 22% daripada jumlah keseluruhan tiket yang terjual sepanjang suku keempat (Oktober hingga Disember).

Lonjakan ini menggambarkan bagaimana sambutan budaya; daripada perjalanan balik kampung hingga percutian musim perayaan, terus membentuk permintaan perjalanan, menjadikan terminal bas beroperasi hampir sepanjang masa serta memerlukan penjadualan yang lebih cekap, perluasan laluan, dan pengalaman tempahan yang lancar.

Laluan Baharu & Laluan Yang Dinaik Taraf

Selain laluan utama yang sedia ada, beberapa laluan lain mencatat pertumbuhan perjalanan bas tertinggi pada tahun 2025 berbanding 2024.

Antara laluan dengan pertumbuhan paling pesat ialah Bentong–Kuala Lumpur, Kuala Lipis–Kuala Lumpur, serta Johor Bahru–Singapura, mencerminkan perubahan corak perjalanan dan permintaan yang semakin berkembang bagi perjalanan antara negeri serta merentas sempadan.

Sepanjang tahun ini, redBus turut memperluaskan rangkaian perkhidmatannya dengan memperkenalkan beberapa laluan baharu buat julung kalinya, termasuk perjalanan Kuala Besut–Johor Bahru dan Sandakan–Tawau, yang mendapat sambutan dalam kalangan pengembara.

Sementara itu, laluan Pasir Mas–UniSZA mencatat pertumbuhan yang menggalakkan, memenuhi keperluan perjalanan berterusan bagi populasi besar pelajar yang berulang-alik antara Kelantan dan Terengganu, di mana bas kekal sebagai mod pengangkutan utama.

Dengan laluan-laluan ini terus mendapat sambutan, para pengembara boleh menjangkakan perkhidmatan yang lebih kerap serta keterhubungan yang dipertingkatkan, sekali gus memudahkan akses ke bandar-bandar sekunder dan destinasi rentas sempadan, selaras dengan peningkatan permintaan perjalanan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perjalanan Solo & Tempahan Saat Akhir

Pada tahun 2025, perjalanan solo mendominasi perjalanan bas di Malaysia, merangkumi 82% daripada keseluruhan tiket yang ditempah, berbanding hanya 12% bagi perjalanan berkumpulan. Kebanyakan perjalanan ini berkait rapat dengan urusan kerja, pendidikan atau pulang ke kampung halaman, sekali gus menunjukkan bagaimana perjalanan kerap ke kampung halaman terus membentuk permintaan perjalanan.

Pada masa yang sama, penumpang semakin cenderung membuat tempahan pada saat akhir, mencerminkan landskap perjalanan bas yang menyesuaikan diri dengan rentak kehidupan moden yang pantas, daripada percutian antara negeri yang singkat hingga perjalanan balik kampung secara berkala serta menggariskan keperluan yang semakin meningkat terhadap pilihan perjalanan yang fleksibel dan mudah.

Perjalanan Berasaskan Pengalaman Semakin Meningkat

Perjalanan yang berasaskan pengalaman semakin mendapat tempat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Kini, semakin ramai rakyat Malaysia mencari pengalaman perjalanan yang melangkaui sekadar tiba ke destinasi, sebaliknya mengutamakan pengalaman yang memperkaya dan memberi inspirasi daripada mendalami budaya tempatan hingga meneroka kepelbagaian warisan kulinari negara.

Inisiatif seperti Food Map oleh redBus yang sedang berjalan membantu pengembara merancang perjalanan mereka berlandaskan lokasi makanan wajib dikunjungi serta lokasi menarik yang jarang diterokai, sekali gus menjadikan setiap perjalanan sebagai peluang untuk meneroka, menikmati dan berhubung dengan Malaysia secara lebih bermakna.

Bukan Sekadar Destinasi: Keunikan Corak Perjalanan 2025

Kuala Lumpur–Melaka mengekalkan kedudukan sebagai laluan paling “setia”, dengan kadar tempahan berulang yang tinggi, didorong oleh keperluan kerja, pendidikan serta tarikan Melaka sebagai destinasi percutianjarak dekat yang praktikal.

Hari Khamis muncul sebagai hari perjalanan paling sibuk pada 2025. Nampaknya, hujung minggu bagi ramai rakyat Malaysia bermula lebih awal lebih-lebih lagi TGIT (Thank God It’s Thursday).

Laluan Kuala Lumpur–Johor Bahru dan Melaka–Kuala Lumpur merekodkan tempahan tengah malam tertinggi, menjadikannya laluan paling “mengantuk”. Siapa perlukan lagu untuk tidur apabila bunyi enjin bas sudah mencukupi?

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kekal sebagai terminal untuk menaiki bas paling sibuk di Malaysia seolah-olah “ruang berlepas” tidak rasmi bagi jutaan perjalanan domestik.

Hari Ahad selepas hari gaji (selepas 26 haribulan) mencatat hari perjalanan paling popular. Gaji baru, rancangan pun bermula, membuktikan bahawa perjalanan sering menjadi keutamaan, bukan sekadar belanja makan.

Hari Selasa pula mencatat tahap perjalanan paling rendah sepanjang minggu dimana hari paling perlahan dalam kitaran mobiliti bas.

Disember mendominasi sebagai bulan paling sibuk untuk perjalanan, manakala Mac mencatat aktiviti paling rendah sepanjang tahun.

Daripada perjalanan pulang ke kampung halaman hingga percutian antara negeri yang singkat, corak perjalanan rakyat Malaysia sepanjang 2025 mencerminkan peralihan ke arah perjalanan yang lebih kerap dan bermakna.

Dengan kemudahan, fleksibiliti dan kemampuan menjadi keutamaan, pengangkutan bas kekal sebagai pilihan praktikal untuk menghubungkan destinasi antara negeri dan serantau.

Menjelang pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, redBus terus memperluaskan akses perjalanan melangkaui bandar-bandar utama, menyokong ekonomi setempat serta membantu membentuk ekosistem pelancongan yang lebih inklusif dan dinamik.

Melalui pemanfaatan cerapan corak perjalanan serta perkhidmatan inovatif, redBus membolehkan rakyat Malaysia dan pelawat antarabangsa meneroka destinasi baharu, merancang perjalanan berasaskan pengalaman, serta menikmati perjalanan yang lancar dan tanpa kerumitan di seluruh negara.