Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
remaja ditemukan lemas
Kredit: Bernama

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Azizah Najib

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

KUALA NERANG, 28 Sept (Bernama) — Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dilaporkan hanyut dibawa arus deras bersama ibunya di Kampung Tanjung Kanan di sini pagi tadi, ditemukan lemas petang ini.

Jenazah Muhammad Rosman Rohadi, yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran ditemukan pada 5.25 petang kira-kira 150 meter dari lokasi dua beranak itu dilihat hanyut.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata jenazah mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat tersangkut di sisa pelepah kelapa sawit di dasar kawasan banjir.

“Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu ibu kepada remaja itu sedang dilakukan dengan memfokus kepada kawasan penemuan mayat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

BACA: Saya Lihat Mereka Terkapai-Kapai Sebelum Hilang Dibawa Arus – Saksi

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata jenazah mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa diteruskan hingga 7 malam ini dan akan ditangguhkan hingga pagi esok sekiranya mangsa gagal ditemui hari ini.

Mulkiaman berkata sebelum ini pasukan penyelamat menemui sepasang dan sebelah selipar dipercayai milik dua beranak tersebut di kawasan tidak jauh dari lokasi mereka dihanyutkan.

“Berdasarkan petunjuk itu, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian di kawasan tersebut dengan kaedah mengharungi banjir disebabkan air yang semakin surut dan tidak boleh dilalui bot,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi dua beranak Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman dihanyutkan arus deras banjir ketika cuba menyeberang untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Kanan, di sini.

Sumber: Bernama