Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Selas atas pertuduhan membunuh bayi lelaki yang baru lahir pada minggu lalu.
Memetik dari laporan Sinar, remaja berkenaan hanya mengangguk faham sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.
Mengikut pertuduhan remaja berkenaan didakwa sengaja menyebabkan kematian ke atas bayi lelaki yang baru dilahirnya itu di sebuah rumah pada 8 Februari lalu antara jam 7 hingga 9 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Bagaimanapun mahkamah kemudian menetapkan 16 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia kesan tikaman dipercayai dibunuh ibunya sendiri dalam satu kejadian di kediamannya di Kemaman.
Sumber: Sinarharian