Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Yatim Piatu Temui Ajal Selepas Dipukul & Dibakar Majikan Hanya Kerana Minta Upah RM 13

Gambar Via Gulf Today

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan telah meninggal dunia setelah diseksa oleh majikannya di rumah penyembelihan ayam di kampung Minya Al Qamh, Mesir, lapor Gulf Today.

Remaja yang bernama Saleh Tamer Ali itu diseksa, dipukul dan dibakar sehingga meninggal dunia kerana meminta gajinya yang berjumlah 50 pound Mesir (RM13.09)

Lebih menyedihkan, Saleh dipercayai merupakan anak yatim piatu yang kehilangan bapanya sejak tujuh tahun yang lalu dan tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya.

Gambar Via Gulf Today

Bapa saudaranya, Abdulmajeed Ali memberitahu media bahawa dia telah menerima berita mengenai kejadian yang menimpa anak saudaranya dari pihak Hospital Pusat Al Sa’dyeyen.

“Saya pergi ke bilik mayat untuk melakukan proses pengecaman. Mayat itu mengalami kesan luka terbakar dan lebam.

“Kami kemudian mengetahui dari doktor forensik bahawa kesan terbakar pada tubuhnya itu seperti baru sahaja berlaku. Dia lebam kerana dipukul. Ini juga bermaksud anak yang tidak bersalah itu telah diseksa dan dibakar dua jam yang lalu,” katanya.

Tidak cuma itu, dia juga mendapati bahawa dua orang adik beradik majikan rumah penyembelihan itu membawa Saleh ke farmasi dalam cubaan untuk membantu tetapi ahli farmasi tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan meminta agar Saleh dimasukkan ke hospital.

Kesan terbakar dan lebam di badannya menunjukkan bahawa wujudnya salah laku jenayah.

“Dikatakan bahawa Saleh meminta upah hariannya tetapi sebaliknya dipukul dan diseksa sehingga meninggal dunia,” tambah Abdulmajeed.

Remaja itu dilaporkan telah bekerja di pusat penyembelihan itu selama kira-kira 7 atau 9 bulan.

Pegawai penyiasat telah berjaya menangkap dua suspek, sementara dua yang lain masih lagi dicari termasuk suspek utama yang dilapor melarikan diri.

Sumber: Gulf Today, International Business Times