Resorts World Genting Meriahkan Merdeka Dengan Pengalaman Keluarga, Warisan Budaya & Hiburan
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, Resorts World Genting (RWG) meraikan semangat kemerdekaan menerusi pelbagai aktiviti dan promosi menarik di bawah kempen “Merdeka Cara Kita – Bebas Tanpa Batas”. Berlangsung sehingga 16 September 2026, kempen ini menawarkan pelbagai pengalaman istimewa kepada pengunjung, termasuk aktiviti mesra keluarga, sajian bercirikan Malaysia, program warisan budaya, keseronokan taman tema, ganjaran membeli-belah serta hiburan secara langsung di seluruh resort.
Pelbagai pengalaman menanti sepanjang musim Merdeka ini, daripada percutian hujung minggu bersama keluarga dan jamuan bersama rakan-rakan, hinggalah kepada permainan tradisional Batu Seremban serta malam yang diserikan dengan muzik dan hiburan, semuanya tersedia untuk mencipta kenangan bermakna bersama insan tersayang.

Meriahkan Cuti Merdeka di Resorts World Awana
Resorts World Awana bakal menjadi tumpuan sepanjang cuti hujung minggu sempena Merdeka menerusi Pesta Riang Ria, yang berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2026 di ruang atrium, dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik, termasuk persembahan kebudayaan, seni dan kraf bertemakan Merdeka, Heritage Play Hub, malam tayangan filem keluarga serta pelbagai aktiviti lain. Diinspirasikan daripada warisan dan tradisi Malaysia, program ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati semangat kemerdekaan dalam suasana penuh keceriaan dan kebersamaan. Kesemua aktiviti ini ditawarkan secara percuma kepada tetamu hotel.
Melengkapkan sambutan, AYU Awana turut memperkenalkan semula hidangan platter dan roast yang menjadi kegemaran ramai, khusus sempena Hari Kebangsaan pada 29 dan 30 Ogos 2026.
Merdeka Day Set Platter, berharga RM168 untuk empat orang, didatangkan bersama sup cendawan serta hidangan panggang yang terdiri daripada paha ayam, sosej ayam, sosej daging, brisket daging dan salmon panggang. Set ini turut disertakan dengan Kek Red Velvet, Kek Chocolate Fudge serta empat gelas jus tembikai segar.
Bagi mereka yang datang dalam kumpulan lebih kecil, The Heritage Roast ditawarkan pada harga RM69 untuk dua orang, lengkap dengan seekor spring chicken panggang dan dua gelas jus tembikai segar.

Nikmati Cita Rasa Malaysia dengan Sentuhan Moden
Cita rasa Malaysia tampil dengan sentuhan istimewa menerusi Asam Pedas Lobster di Burger & Lobster, SkyAvenue, yang boleh dinikmati dari 15 Ogos hingga 16 September 2026. Sajian ini menggabungkan keenakan asam pedas bersama lobster dan disajikan dengan nasi putih serta pilihan minuman.
Penggemar manisan turut boleh memeriahkan sambutan Merdeka dengan diskaun 31% untuk Set Kuih Bulan Kotak Standard di cawangan terpilih pada 30 dan 31 Ogos 2026. Dengan pembelian minimum satu kotak yang mengandungi empat biji mooncake, promosi ini sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan sempena cuti perayaan.

Teroka, Main dan Menang di SkyAvenue
Sehingga 16 September 2026, keunikan warisan Malaysia menjadi tumpuan utama menerusi pelbagai aktiviti interaktif dan inisiatif berasaskan komuniti di Zouk Atrium, Aras 1, SkyAvenue.
Antara tarikan utama ialah Toss the Glory: Batu Seremban, yang menguji ketangkasan peserta membaling dan menangkap lima batu secara berturut-turut. Ahli Kad Ganjaran Genting (Genting Rewards Card) boleh menyertai cabaran ini dengan perbelanjaan minimum RM269, manakala bukan ahli boleh menyertainya dengan perbelanjaan minimum RM369 dalam satu resit daripada premis yang mengambil bahagian di seluruh resort. Setiap resit yang memenuhi syarat melayakkan peserta mendapat satu peluang untuk mencuba cabaran tersebut.
Semakin tinggi markah yang dikumpul, semakin menarik ganjaran yang menanti, termasuk set poskad serta Kotak Misteri Sumbangan Sosial yang diperkenalkan buat julung kali. Menerusi kerjasama dengan Komuniti Tukang Jahit, setiap kotak dihasilkan sepenuhnya melalui jahitan tangan oleh tukang jahit wanita daripada komuniti di seluruh Malaysia yang memerlukan lebih banyak sokongan dan peluang. Inisiatif ini mengetengahkan kreativiti dan kemahiran kraftangan tempatan, di samping memberikan sentuhan moden kepada permainan tradisional yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang gemarkan cabaran, Heritage Trail membawa pengunjung menyelami keindahan tradisi batik Malaysia menerusi laluan berwarna-warni di sekitar Zouk Atrium. Sepanjang laluan, pengunjung boleh meneroka beberapa zon budaya interaktif yang mengetengahkan kepelbagaian tradisi dan kreativiti Malaysia.
Pengunjung berpeluang mengenali seni tempatan, menguji pengetahuan tentang budaya serta mencuba pelbagai aktiviti kreatif di sudut kraf dan zon studio fotografi, sambil melengkapkan cabaran mengikut rentak masing-masing. Lengkapkan cabaran, kongsikan pengalaman anda di Instagram dan tag @SkyAvenue serta @komunititukangjahit untuk berpeluang menebus Tiket Standard 1 Hari Taman Tema Genting SkyWorlds, tertakluk kepada ketersediaan tiket setiap hari.

Raikan Merdeka Bersama, Untuk Semua
Sebagai sebahagian daripada usaha memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kemeriahan sambutan ini, Taman Tema Genting SkyWorlds menawarkan harga khas tiket satu hari serendah RM38 kepada warganegara Malaysia yang layak, termasuk warga emas, kanak-kanak berketinggian di bawah 110 sentimeter serta orang kurang upaya (OKU).
Promosi ini, yang bermula pada 17 Ogos 2026, mencerminkan semangat kebersamaan merentas generasi sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan negara, di samping memberi peluang kepada generasi baharu untuk mencipta kenangan bersama.
Hayati Semangat Merdeka Melalui Muzik
Kemuncak sambutan Merdeka di RWG bakal berlangsung menerusi konsert Voice of National Day pada 29 Ogos 2026, jam 6 petang di Arena of Stars.
Konsert istimewa ini menampilkan barisan artis terkenal termasuk Z-Chen, Abin, DannyOne, Amsyar Leee dan Boon Yaw, yang bakal menghiburkan penonton menerusi persembahan bertenaga dalam suasana penuh semangat patriotik.
Sebagai tawaran istimewa, para peminat juga boleh menikmati diskaun Early Bird sebanyak 25% untuk pembelian tiket kategori VIP hingga PS2.
Daripada aktiviti kekeluargaan dan sajian istimewa hinggalah kepada percutian hujung minggu serta persembahan hiburan, RWG menawarkan pelbagai pengalaman untuk pengunjung meraikan kemerdekaan mengikut cara mereka sendiri. Sempena musim Merdeka ini, cipta kenangan bermakna dan raikan “Merdeka Cara Kita – Bebas Tanpa Batas” bersama insan tersayang.
Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform media sosial rasmi Resorts World Genting.
