Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Resorts World Genting Rai Ulang Tahun Ke-61 Dengan Jualan Kilat 72 Jam

RESORTS

Resorts World Genting Rai Ulang Tahun Ke-61 Dengan Jualan Kilat 72 Jam

Selama 61 tahun, Resorts World Genting (RWG) telah menjadi destinasi pilihan yang menghimpunkan keluarga, mengeratkan hubungan persahabatan serta mencipta pelbagai kenangan bermakna. Merangkumi sambutan detik detik istimewa, percutian hujung minggu serta pengalaman penuh keterujaan di tanah tinggi, generasi demi generasi pengunjung telah menjadikan RWG sebahagian daripada perjalanan hidup dan kenangan bermakna mereka. 

Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ini, RWG menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk menikmati penjimatan menarik bagi penginapan hotel, taman tema dan pelbagai tarikan menerusi Jualan Kilat 72 Jam. Kempen dalam talian yang berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos 2026 ini turut menampilkan pelbagai ganjaran, pemberian Digital Blind Box Misteri serta keistimewaan eksklusif.

Jualan Kilat 72 Jam 

Ditawarkan secara eksklusif menerusi laman web rasmi dan aplikasi mudah alih RWG, Jualan Kilat 72 Jam menyediakan penginapan hotel bermula serendah RM59 dengan penjimatan sehingga 87% bagi penginapan terpilih. 

Para pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan penginapan di Hotel First World, Crockfords, Hotel Genting SkyWorlds, Resorts World Awana, Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi. 

Bagi pengunjung yang merancang percutian, bilik-bilik terpilih boleh ditempah serendah RM59, termasuk bilik Deluxe di Hotel First World. Manakala, bilik Quads di Hotel Genting SkyWorlds dan bilik Superior Deluxe di Resorts World Awana ditawarkan bermula daripada RM199. 

Bagi pengunjung yang menginginkan pengalaman percutian lebih eksklusif, Crockfords turut menawarkan kadar istimewa sempena ulang tahun, dengan bilik Superior bermula daripada RM1,499.

Selain di Genting Highlands, tawaran penginapan istimewa turut disediakan di Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi, dengan pakej penginapan terpilih yang merangkumi sarapan pagi bermula daripada RM199. 

Jualan kilat ini turut menawarkan promosi menarik bagi tarikan utama, termasuk Pas Tanpa Had Genting SkyWorlds pada harga RM188 bagi rakyat Malaysia. Selain itu, dua tiket masuk ke Taman Tema Genting SkyWorlds turut ditawarkan pada harga RM126 bagi rakyat Malaysia dan RM240 bagi bukan rakyat Malaysia. 

Para pengunjung juga boleh mendapatkan dua Pas Perjalanan Tanpa Had Taman Tema Indoor Skytropolis bermula daripada RM100 bagi rakyat Malaysia dan RM130 bagi bukan rakyat Malaysia. Selain itu, tiket ke Eufloria Gardens & Sculpture Park turut ditawarkan bermula daripada RM20 bagi rakyat Malaysia dan RM40 bagi bukan rakyat Malaysia.

Kejutan Istimewa Menerusi Digital Blind Box Misteri 

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ini, para pengunjung yang berbelanja minimum RM610 dalam satu transaksi sepanjang tempoh Jualan Kilat 72 Jam akan menerima Digital Blind Box Misteri menerusi saluran WhatsApp rasmi RWG. 

Setiap Digital Blind Box menawarkan ganjaran kejutan berupa tawaran eksklusif dan hadiah istimewa. Terhad kepada 1,500 penebusan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM35,800, kempen ini menambahkan elemen kejutan kepada setiap pembelian yang layak.

Sambutan Istimewa Bersama ETS 

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-61, RWG turut menawarkan keistimewaan eksklusif kepada para penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sepanjang tempoh sambutan. 

Pada 14 Ogos 2026, penumpang yang menaiki koc ETS khas RWG berpeluang memenangi tiket ke Taman Tema Genting SkyWorlds menerusi kejutan istimewa di dalam tren. 

Dari 14 hingga 31 Ogos 2026, para pengunjung yang mengemukakan tiket fizikal atau e-tiket ETS yang sah berpeluang menikmati tawaran istimewa makanan dan minuman di beberapa outlet terpilih di RWG. Di Lobby Café, pengunjung boleh mendapatkan satu lagi hidangan berbungkus pada harga RM6 dengan pembelian mana-mana hidangan terpilih. Sementara itu, Taiko Ramen menawarkan Salmon Nego Gunkan Sushi pada harga RM6 dengan setiap pembelian semangkuk ramen. 

Sambutan ulang tahun ini turut dimeriahkan dengan pelbagai tawaran menarik bersempena musim perayaan. Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, para pengunjung boleh mendapatkan Flavours of Genting Premium Mooncake Gift Box pada harga RM238. Selain itu, menerusi promosi 61 Years of Flavour, para pengunjung boleh menikmati diskaun 61% bagi kotak kedua dengan pembelian mana-mana dua kotak biskut hadiah terpilih, termasuk Tat Durian, Tat Nanas dan Biskut Coklat Duo. 

Sambut Merdeka di Taman Tema Genting SkyWorlds 

Sempena sambutan Merdeka yang bakal tiba, Taman Tema Genting SkyWorlds memperkenalkan Kadar Merdeka RM38 bagi tiket satu hari kepada warga emas (berumur 60 tahun ke atas), kanak-kanak serta individu kurang upaya (OKU). 

Berinspirasikan semangat Malaysia MADANI, promosi istimewa ini mencerminkan komitmen Taman Tema Genting SkyWorlds dalam memastikan pengalaman bermakna dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Menerusi Kadar Merdeka RM38, lebih ramai keluarga berpeluang meraikan sambutan Merdeka bersama-sama melalui pengembaraan menarik serta pengalaman tidak dilupakan di atas awan. 

Sama ada merancang percutian bersama keluarga, meluangkan masa bersama rakan-rakan atau menikmati pengalaman santai di tanah tinggi, sambutan ulang tahun ke-61 RWG menawarkan pelbagai pengalaman menarik yang memenuhi keperluan semua pengunjung. 

Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform media sosial rasmi RWG.

Intipati
  • RWG menawarkan Jualan Kilat 72 Jam dari 14 hingga 16 Ogos 2026.
  • Penginapan terpilih bermula RM59, dengan penjimatan sehingga 87% menerusi platform rasmi RWG.
  • Promosi turut merangkumi Digital Blind Box, tawaran ETS, makanan, mooncake dan Kadar Merdeka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan