Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Restoran Didakwa Ambil Kesempatan, Kenakan 'Caj Krisis Gas' Sebanyak 5 Peratus
Ketika isu kekurangan gas petroleum cecair (LPG) masih berterusan di beberapa kawasan India, sebuah restoran di Bengaluru didakwa mengambil kesempatan dengan mengenakan ‘caj krisis gas’ kepada pelanggan, lapor Times Of India.
Restoran Theo Cafe menjadi tular di media sosial selepas gambar resit menunjukkan caj tambahan lima peratus dikenakan untuk pesanan minuman lemonade.
Menurut resit berkenaan, caj krisis gas berjumlah 17.01 rupee (72 sen) dikenakan bagi dua gelas lemonade pudina yang masing-masing berharga 179 rupee (RM7.61).
Selain itu, minuman tersebut turut tertakluk kepada cukai GST standard, iaitu CGST dan SGST masing-masing 2.5 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan bil akhir bagi pesanan itu sebanyak 374 rupee (RM15.86).
Ruangan komen pada hantaran berkenaan dibanjiri pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Sementara itu, beberapa pengguna berpendapat caj tersebut mungkin tidak keterlaluan. Kenaikan harga LPG boleh meningkatkan kos operasi bagi kafe dan restoran kecil.
"Apabila seseorang mampu membayar ₹179 untuk sekadar lemonade, yang sepatutnya berharga ₹10-15, tambahan ₹17 tidak sepatutnya membebankan
"Selain itu, diskaun sebanyak ₹18 sudah diberikan, sekali gus menafikan caj yang dikenakan," ujar individu yang tidak dikenali.