Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rezeki Berenang Depan Mata, Gelagat Polis Tangkap Ikan Atas Jalan Dapat 3 Juta Tontonan

Gambar: @graypo0

Kata orang, yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Namun bagi seorang lelaki beruniform dipercayai anggota polis ini, rezekinya datang berenang.

Dalam satu rakaman dikongsikan @graypo0 di laman TikTok, lelaki tersebut telah menangkap seekor ikan yang berenang dalam air cetek di sebuah jalan.

Berdasarkan video berkenaan, kelihatan lelaki berpayung itu menahan ikan tersebut menggunakan kaki dalam keadaan hujan renyai. Dia kemudiannya mengambil plastik untuk menangkapnya.

Setelah beberapa cubaan sehinggakan dia terlepas payung dibawa, akhirnya ikan tersebut berjaya ditangkap. Gelagat lelaki berkenaan telah menarik perhatian lebih 3 juta penonton di platform tersebut.

Sumber: @graypo0