Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rezeki Tak Salah Alamat, Anak Mancing Hanya Guna Joran Mainan Tapi Boleh Dapat Ikan Besar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Memancing merupakan satu aktiviti yang seringkali diminati oleh kaum lelaki. Aktiviti ini tidak mengira malam atau siang bahkan mereka yang gemar memancing akan lebih cendorong memilih tempat percutian yang mempunyai pakej memancing sekali.

Bagi mereka yang digelar ‘kaki pancing’ mesti akan tergugat dengan perkongsian daripada laman Facebook Faizal Adha ini. Mana taknya, anak kecil ini hanya menggunakan joran mainan tetapi berjaya dapat seekor ikan haruan besar semasa memancing bersama ayahnya. Itulah indahnya ‘rezeki tak mengira usia’.

Rezeki tak salah alamat. Dari malam tadi sampai pagi sibuk nak mancing. Terus ayah bawak g kedai beli katak hidup, disuruhnya cangkuk jugak kat joran dia. Tak apalah nak ayah ajarkan sikit-sikit tau..

“10minit kemudian, letup joran ni… Allahuakbar, suka si anak ni..rezeki.”

Rezeki si anak. Joran mainan pun dapat ikan…

Sumber: Faizal Adha