Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Ekstrem Badai Sepanyol, Kanak-Kanak Satu tahun Maut ‘Dihempap’ Hujan Batu

Sofea
budak satu tahun maut dihempap hujan batu
Gambar: Daily Mail

Ribut Ekstrem Badai Sepanyol, Kanak-Kanak Satu tahun Maut ‘Dihempap’ Hujan Batu

Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun dilaporkan maut selepas ‘dihempap’ hujan batu besar berukuran empat inci ketika ribut ekstrem melanda Sepanyol.

Memetik laporan Daily Mail, kanak-kanak itu adalah salah seorang daripada 30 mangsa yang cedera akibat kejadian hujan batu itu di bandar Catalan, La Bisbal de l’Emporda.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Josep Trueta akibat kecederaan yang teruk pada bahagian kepala.

Gambar: Daily Mail

Sementara itu, sebahagian besar daripada 28 orang yang memerlukan rawatan perubatan dikatakan turut mengalami kecederaan di kepala serta patah tulang.

Kejadian hujan batu itu juga dilaporkan telah menyebabkan kerosakan pada kereta dan bangunan penduduk.

Akhbar Sepanyol melaporkan bahawa pihak bomba telah menerima lebih daripada 40 panggilan kecemasan disebabkan oleh kerosakan yang berbeza pada bangunan dan pendawaian.

Dalam satu video yang dikongsikan di media sosial, hujan batu dilihat ‘mendarat’ di kolam renang dan menyebabkan air melimpah keluar.

Gambar: Daily Mail

Pengarah cuaca bandar itu berkata hujan batu tersebut adalah yang paling buruk pernah berlaku dalam tempoh 20 tahun.

Tidak cuma itu, lebih banyak ribut dijangka akan berlaku di wilayah itu berikutan gelombang panas yang teruk ketika ini.

Untuk pengetahuan, ribut hujan batu yang paling terkenal dalam sejarah adalah yang berlaku di bandar Moradabad, India pada tahun 1888.

Ketika itu, hampir 250 orang dilaporkan terbunuh selepas terkena hujan batu sebesar buah oren.

Sumber: Daily Mail