Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Landa Hampir Seluruh Malaysia Sehingga Malam Ini

ribut petir hujan
Gambar: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga malam ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda sembilan negeri sehingga jam 7.00 malam ini iaitu di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Selain itu, di negeri Kedah, daerah yang terlibat adalah di Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di negeri Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Bagi negeri Terengganu pula, ia hanya melibatkan daerah Kemaman sahaja, manakala di Pahang, ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di samping itu, daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor dan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan turut mengalami keadaan cuaca yang sama.

Tidak cuma itu, ribut petir dan hujan lebat juga dijangka akan melanda daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu sehingga jam 6.00 petang ini.

“Di Johor, daerah yang terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Selain itu, bagi negeri Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang,” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu juga akan melanda Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat serta seluruh Labuan.

Susulan info cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: MetMalaysia