Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri, 2 Wilayah - MetMalaysia

hujan lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan, beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, seluruh kawasan negeri Perak, WP Kuala Lumpur dan WP Labuan.

Hujan Lebat Diramal Hingga 7 Malam Ini

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Bandar Baharu, Kulim, Baling, Kuala Muda, Sik, Yan dan Pendang. Manakala di Kelantan pula melibatkan Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

“Di Terengganu, hanya daerah Kemaman sahaja selain Pahang di Raub, Bentong, Temerloh, Rompin, Pekan, Maran, Kuantan, Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut. Sementara itu di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Selain itu, di Negeri Sembilan hanya daerah Jelebu dijangka hujan. Manakala Johor di daerah Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat.

“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan terlibat iaitu Limbang, Miri (Marudi, Telang Usan, Bario dan Beluru), Bintulu, Kapit (Kapit, Song dan Bukit Mabong), Sarikei (Julau dan Pakan), Sibu, Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman), Betong (Pusa), Mukah (Mukah).

“Bagi Sabah pula termasuk Sandakan (Tongod, Kinabatangan, Telupid dan Labuk & Sugut), Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Keningau, Tambunan, Tenom dan Sipitang), Pantai Barat,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam.
  • Amaran melibatkan 10 negeri, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan seluruh kawasan Perak.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan