Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa 5 Negeri

Azizah Najib
Kredit: ImageFX

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa 5 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan lima negeri bakal dilanda hujan lebat dan ribu petir sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi muat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, seluruh negeri Pulau Pinang dijangka alami hujan lebat.

Manakala di Kedah, beberapa daerah disenaraikan termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang. Begitu juga daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Menjengah ke Pahang, hanya dua daerah dijangka hujan lebat iaitu Kuantan dan Pekan.

Beralih ke Sabah, daerah Pedalaman (Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dijangka alami hujan lebat.

Manakala di Sarawak, Met Malaysia menjangkakan hujan lebat di Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum Met Malaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat untuk peka dengan perubahan cuaca dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

BACA: Avatar AI China Raih Jualan Lebih RM30 Juta Dalam 7 Jam

BACA: Ramai Tak Pernah Sampai, Ini Rupanya Penamat “Game Dino”