Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

RIUH kembali ke Pulau Pinang menerusi edisi khas RIUH Pi HAWANA, satu acara kreatif yang dianjurkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026. Program ini berlangsung selama tiga hari, dari 19 hingga 21 Jun 2026 di Tapak Letak Kereta PICCA, Pulau Pinang.

Edisi kali ini dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung. Sebanyak 24 jenama tempatan serta vendor makanan dan minuman (F&B) akan mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai produk kreatif, sajian tempatan dan pengalaman yang meraikan bakat serta budaya setempat.

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang menyertai lapan (8) bengkel kreatif seperti bengkel pembuatan zine atau buku kecil, manik Nyonya, lakaran dan seni cetakan. Selain itu, tujuh (7) agensi kerajaan turut mengambil bahagian menerusi pelbagai aktiviti dan pameran interaktif, di samping mempromosikan perkhidmatan serta inisiatif Kerajaan MADANI secara langsung kepada masyarakat.
RIUH Pi HAWANA juga akan menampilkan 18 persembahan muzik secara langsung oleh artis dan bakat tempatan yang sedang meningkat naik, termasuk Exists, Bunkface, Masdo, Sakura Band, Fugo, Budak Nakal Hujung Simpang dan Chelsia Ng. Konsert pembukaan akan berlangsung pada 19 Jun 2026 dari pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam, manakala pada 20 dan 21 Jun 2026, program akan bermula dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Selaras dengan aspirasi Kementerian Komunikasi dalam memperkukuh ekosistem industri kreatif negara, RIUH Pi HAWANA membuka peluang kepada usahawan, penggiat seni dan bakat tempatan untuk mengetengahkan kreativiti. mengembangkan potensi, memperluas jaringan profesional serta memperkukuh komuniti kreatif.
Orang ramai dialu-alukan hadir untuk menikmati pelbagai aktiviti, persembahan dan pengalaman menarik yang disediakan sepanjang RIUH Pi HAWANA. Kemasukan adalah percuma. Maklumat lanjut mengenai RIUH Pi HAWANA boleh diperoleh menerusi platform Facebook, Instagram dan TikTok @riuhinthecity serta @mycreativeventures.