Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rombongan Diketuai Ahmad Zahid Dipercayai Menghadap Tuanku Muhriz Malam Ini

Rombongan Diketuai Ahmad Zahid Dipercayai Menghadap Tuanku Muhriz Malam Ini

SEREMBAN, 1 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat memasuki Istana Hinggap di sini, bagi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Lebih 10 buah kenderaan dipercayai dinaiki pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, mengiringi kenderaan itu memasuki pekarangan istana pada kira-kira pukul 10 malam.

Rombongan itu dipercayai menghadap Tuanku Muhriz bagi mempersembahkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, serta nama-nama calon Menteri Besar untuk membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata BN dan PN akan membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga, berdasarkan keputusan tidak rasmi pada pilihan raya hari ini.

Secara tidak rasmi, BN menurut beliau memenangi 18 kerusi DUN manakala PN memperoleh tujuh kerusi DUN, sekali gus memberikan kedua-dua gabungan parti politik yang bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan itu, majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

-- BERNAMA

Intipati
  • Ahmad Zahid dilihat memasuki Istana Hinggap untuk menghadap Tuanku Muhriz malam ini.
  • Lebih 10 kenderaan dipercayai membawa pemimpin BN dan PN mengiringi rombongan itu.
  • Rombongan dipercayai mempersembahkan kemenangan PRN dan nama calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan