Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RTM Ajak Orang Ramai Tengok Piala Dunia Malam Ni, Ada Makanan Percuma

Sofea
RTM Ajak Orang Ramai
Kredit: Kementerian Komunikasi

RTM Ajak Orang Ramai Tengok Piala Dunia Malam Ni, Ada Makanan Percuma

Pejam celik, Piala Dunia FIFA kembali lagi dan perlawanan pertama akan berlangsung pada awal pagi nanti.

Istimewa pada kali ini kerana Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyajikan kesemua 104 perlawanan menerusi pelbagai saluran termasuk platform digitalnya.

Bagi perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan, RTM mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyaksikannya di Angkasapuri.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching juga akan hadir pada malam ini.

Turut hadir ialah Duta Besar Mexico ke Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia.

Sementara itu, pelbagai aktiviti khas disediakan untuk orang ramai seperti permainan PS5 FIFA, AI photo booth, cabaran street soccer dan jualan barangan serta cenderamata rasmi FIFA.

Orang ramai juga boleh menjamu makanan free flow, antaranya teh tarik dan roti canai.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM Ashwad Ismail berkata peminat bola sepak tempatan, boleh mengikuti kejohanan bola sepak berprestij itu menerusi RTM Klik, saluran RTM di platform MY TV serta Unifi TV.

Beliau berkata RTM menggembleng seluruh kekuatannya untuk memastikan kejohanan empat tahun sekali, itu dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, termasuk penduduk di kawasan luar bandar, lapor Bernama.

“Kita memilih untuk membawa Piala Dunia 2026 ini, kerana itu yang dimahukan oleh rakyat Malaysia terutamanya peminat bola sepak tempatan dan kita pun tahu bola sepak sukan utama di Malaysia dan mereka ingin menonton apakah kelainan Piala Dunia kali ini berbanding edisi yang lepas.

“Jadi sebab itu kita menggembleng seluruh kekuatan yang ada. Ini bukan kerja RTM sahaja, ini bukan kerja Jabatan Penyiaran ataupun Kementerian Komunikasi sahaja, ia kerjasama dan kekuatan jenama-jenama penting telekomunikasi tempatan yang memahami denyut nadi rakyat,” katanya.