Penduduk perumahan mewah tepi pantai di New South Wales berdepan bahaya apabila rumah mereka ‘tergantung’ di atas laut dan berisiko runtuh susulan ombak kuat yang menghakis pantai.
Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Wamberal, di mana kediaman di sana telah mengalami kerosakan susulan hakisan pada tapak rumah.
Pengawal Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Rolf Garda berkata, kerosakan itu adalah yang paling teruk pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun.
“Selalu ada kesan di situ, tetapi atas sebab-sebab tertentu, kejadian ini telah menghakis lebih tanah dari yang kami bayangkan,” katanya.
Kelihatan binaan asas sebahagian rumah di sana ‘tergantung’ di atas laut manakala sebahagian rumah lain mengalami kerosakan di halaman mereka.
Susulan itu, penduduk di kawasan terlibat telah diarahkan untuk berpindah berikutan risiko berlakunya runtuhan di sana.
Melalui semakan di platform digital hartanah, sebuah rumah tiga bilik di Wamberal boleh mencecah USD$845k bersamaan kira-kira RM3.6 juta manakala rumah lima bilik di lokasi sama boleh mencecah RM5.1 juta.







Sumber: The Guardian
