Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Serpihan tulang mangsa kedua yang dipercayai tertimbus dalam insiden runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sudah ditemui petang tadi.
Menurut laporan ringkas Bernama di Twitter, serpihan tersebut ditemui hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak.
Sebelum itu, Ketua Polis Perak Datuk Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan SAR berusaha mengeluarkan bangkai sebuah lagi jengkaut yang masih tertimbus di bawah timbunan batu tersebut.
Katanya, pasukan SAR yang diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak menemui serpihan jentera jengkaut itu dipercayai dikendalikan oleh mangsa kedua pada 5 petang semalam.
Berita penuh menyusul.
Sumber: Bernama