Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rupa Seakan Tikus, Saintis Temui Mamalia Tertua Pernah Mendiami Bumi 225 Juta Tahun Dulu

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: CNN

Haiwan mamalia tertua di dunia telah dapat dikenalpasti menerusi rekod pergigian pada fosil haiwan seakan-akan tikus ini. Pengkaji menyifatkan bahawa penemuan ini sangat penting kerana ia telah mengemaskini rekod palaeontologi, yang mana sebelum ini menyatakan bahawa haiwan mamalia terawal hidup pada 20 juta tahun dahulu.

Brasilodon quadrangularis merupakan haiwan bersaiz kecil dan memiliki rupa seakan-akan tikus moden. Haiwan purba ini memiliki panjang kira-kira 20 sentimeter (lapan inci) dan telah hidup di atas muka bumi pada 225 juta tahun lalu, bersama-sama dinosaur-dinosaur purba.

Haiwan ini dikatakan penting kerana ia merupakan ‘moyang agung’ kepada haiwan-haiwan mamalia pada hari ini kerana menjadi titik permulaan bagi evolusi bagi spesiesnya, menurut sekumpulan saintis Brazil dan British.

Hasil penemuan ini merupakan titik peluh sekumpulan pengkaji daripada Natural History Museum di London, King’s College London dan Federal University of Rio Grande do Sul di Porto Alegre, Brazil.

Para saintis telah menggunakan petunjuk pada fosil seperti tulang dan gigi. Hal ini disebabkan kelenjar mamalia, yang berfungsi untuk menghasilkan susu tidak dapat dipelihara dalam mana-mana fosil yang ditemui sehingga kini.

Kredit: CNN

Sehingga kini, Morganucodon telah dianggap sebagai mamalia pertama dengan penemuan giginya yang menunjukkan bahawa ia dipercayai berusia sekitar 205 juta tahun. Morganucodon memiliki badan kecil dan muka panjang seperti tikus.

Rekod pergigian telah dinyatakan dalam sebuah makalah yang telah diterbitkan dalam Jurnal Anatomi baru-baru ini, mengatakan bahawa

Brasilodon quadrangularis

hidup pada 225 juta tahun dahulu.

Garis masa ini telah menunjukkan haiwan ini telah wujud 25 juta tahun selepas kepupusan besar-besaran pada era Permia-Triassik, merupakan kepupusan ketiga dan paling besar yang mana 90 peratus haiwan di lautan ‘hilang’ dan 70 peratus haiwan daratan mati.

Haiwan Mamalia ini Disalah Tafsir Sebagai Reptilia Pada Awalnya

Martha Richter, pengarang utama makalah tersebut memberitahu CNN bahawa,

Brasilodon quadrangularis

dahulu dipercayai sebagai haiwan reptilia, tetapi pemeriksaan pada giginya menunjukkan ia adalah haiwan mamalia.

“Jika anda terfikir mengenai reptilia, gigi spesies ini sentiasa tumbuh walaupun patah berkali-kali. Berbeza dengan mamalia, haiwan ini hanya mampu mengalami proses penggantian gigi sebanyak dua kali sahaja. Hal ini disebabkan haiwan mamalia memiliki set gigi susu dan gigi kekal dan inilah yang mendefinisikan apa itu mamalia,” Ritcher berkata.

Brasilodon

merupakan haiwan vertebrata tertua dan telah lama pupus. Haiwan ini memiliki dua set gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal, juga dikenali sebagai

diphyodonty

, menurut kenyataan akhbar.

Richter menambah, “Ini adalah mamalia yang sangat-sangat kecil yang mungkin merupakan haiwan yang hidup dalam bersama-sama dinosaur tertua yang kita kenali dari zaman itu,”

Beliau berkata bahawa pasukannya telah bekerja dalam projek ini lebih dari lima tahun dan menyatakan bahawa penemuan ini sangat bernilai.

Dalam keratan akhbar, Ritcher mengatakan bahawa hasil dapatannya telah menyumbang ke arah kefahaman terhadap landskap ekologi pada zaman tersebut dan evolusi haiwan mamalia moden.

Moya Meredith Smith, pengarang bersama makalah tersebut dan juga nmerupakan profesor di King’s College London, berkata, “Makalah kami telah meningkatkan kadar pendebatan mengenai definisi mamalia dan menunjukkan bahawa haiwan mamalia telah hidup lebih lama daripada rekod sebelumnya,”

Sumber:

CNN