Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

Iqbal Yasir
Fungsi Butang Cermin Belakang Kereta
Gambar: TikTok @altimatsaujana

Rupanya Ini Fungsi Butang Pada Cermin Pandang Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

Kereta bukan sekadar mesin yang mampu membawa kita dari satu tempat ke tempat lain.

Ia ibarat ‘satu pasukan’ di mana setiap komponen ada tugas pentingnya tersendiri. Apabila digabungkan, barulah kereta boleh berfungsi dengan lancar.

Misalnya, enjin umpama jantung, yang menghasilkan tenaga untuk menggerakkan kereta.

Sebagai pemandu, mengetahui fungsi asas komponen kereta adalah sangat penting untuk memastikan pemanduan lebih lancar, selamat dan cekap.

Dengan memahami peranan enjin, brek, tayar, stereng, sistem transmisi dan banyak lagi, pemandu dapat mengesan awal sebarang masalah serta mengambil tindakan yang betul.

Bertahun bawa kereta, baru tahu cermin pandang belakang boleh buat macam ni

Baru-baru ini, pengguna TikTok @altimatsaujana berkongsi salah satu fungsi cermin pandang belakang yang berkemungkinan ramai pemandu di luar sana masih belum mengetahui.

Jelasnya, selain bertindak untuk melihat pemandangan bahagian belakang kereta, terdapat satu lagi ‘rahsia’ cermin pandang belakang.

Menurutnya, salah satu fungsi komponen kereta itu adalah sewaktu pemandu memandu ketika waktu malam.

Terdapat satu ‘butang’ pada bahagian bawah belakang cermin yang bertindak membantu mengurangkan silau akibat pantulan cahaya kereta dari belakang.

“Sebagai contoh, ha untuk kegunaan (yang ramai tak tahu) cermin pandang belakang ini semasa memandu waktu malam.

“Contohnya, kadang-kadang bila korang memandu, korang akan tengok dekat cermin pandang belakang akan ada satu kereta guna high beam.

“Jadi benda ini, kadang-kadang akan bagi mata pemandu silau. Jadi cara dia mudah je, korang tekan (butang) dekat belakang. Jadi benda itu akan kurangkan silau,” katanya.

Cara Gunakan Fungsi Ini

Mudah sahaja, pemandu hanya perlu menekan butang pada bahagian bawah belakang cermin kereta itu, untuk mengubah kedudukan cermin atas dan bawah.

Tip sebegini sudah tentunya sangat membantu kepada pemandu yang mengalami masalah silau sewaktu memandu ketika malam hari.

Semoga bermanfaat

Sumber: TikTok @altimatsaujana

BACA: MyKad Rosak? Ini Syarat, Dokumen & Cara Buat Permohonan Gantian Secara “Online”