Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Rupiah Catat Paras Terlemah Sepanjang Masa Terhadap Ringgit, Dolar Singapura
JAKARTA -- Nilai tukar rupiah sekali lagi mencatat paras terlemah sepanjang masa berbanding dua mata wang negara jiran, iaitu ringgit Malaysia (MYR) dan dolar Singapura (SGD) dalam nilai dagangan hari ini.
Memetik laporan CNBC Indonesia, berdasarkan data Refinitiv, pada jam 09.23 pagi waktu tempatan, nilai tukaran rupiah berada pada paras 4,298 rupiah bagi setiap RM1, melemah sebanyak 0.53 peratus atau menjadi paras terlemah intraday sepanjang masa.
Pada waktu yang sama, rupiah turut melemah 0.33 peratus berbanding dolar Singapura (SGD) dan berada pada paras 13,325 rupiah bagi 1SGD.
Paras tersebut juga menjadi paras terlemah intraday rupiah berbanding dolar Singapura sepanjang masa.
Pelemahan rupiah berbanding kedua-dua mata wang ini sebenarnya bukan fenomena sementara.
Sepanjang tahun 2025, rupiah menyusut 14.05 peratus berbanding ringgit Malaysia. Manakala berbanding dolar Singapura ia melemah sebanyak 10 peratus.

Trend itu berterusan memasuki tahun 2026. Secara year-to-date (YTD), rupiah telah melemah 2.83 peratus berbanding dolar Singapura dan menyusut 4.82 peratus berbanding ringgit.
Pelemahan rupiah berbanding kedua-dua negara jiran ini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap ringgit Malaysia dan dolar Singapura daripada rupiah.

Dalam bahasa mudah, ringgit dan dolar Singapura lebih dicari dalam pasaran bagi tujuan transaksi, pembayaran atau penempatan dana.
Secara tidak langsung menyebabkan nilai kedua-dua mata wang tersebut cenderung mengukuh secara relatif dan rupiah terus berada di bawah tekanan.