Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar hiasan via Bernama

RUU Tanah Kampung Baru Beri Perlindungan Seumur Hidup Kepada Pemilik – Shahidan

Nur Adnin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Draf Rang Undang-Undang (RUU) Tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen pada awal tahun depan diharap akan memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sejak dahulu tiada undang-undang yang boleh melindungi secara khusus Tanah Rizab Melayu bagi menghalang mana-mana pihak yang mahu menukar status tanah berkenaan.

“RUU Tanah Kampung Baru yang kini dalam semakan Pejabat Peguam Negara diharap dapat menjaga kepentingan hak milik pemilik tanah Kampung Baru sampai bila-bila, dan pembangunan yang dirancang pula akan dilaksanakan dalam bentuk pajakan serta dipersetujui bersama antara pemilik tanah dan pemaju.

“Saya yakin RUU ini sekiranya diperkenalkan akan menjadi panduan kepada negeri-negeri lain, supaya memperkenalkan RUU sama untuk menyelamatkan tanah daripada bertukar milik,” katanya pada ucapan perasmian pelancaran Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2040 (PIPKB 2040) dan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kampung Baru (PPPSKB) di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu Datuk Affendi Zahari.

Sementara itu mengenai PIPKB 2040, Shahidan berkata pelan induk itu dirangka sebagai dokumen panduan untuk mentransformasi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial secara bersepadu sekali gus memandu hala tuju Kampung Baru secara menyeluruh untuk 20 tahun akan datang.

“Ia akan menjadi mekanisme kepada kerajaan dan Perbadanan Kampong Bharu (PKB) khususnya dalam memudah cara, mengawal selia dan menilai semua cadangan pembangunan sama ada secara usaha sama penduduk, pemaju dan syarikat berkaitan kerjaan (GLC).

“Insya-Allah pelan induk ini akan menjadikan Kampung Baru sebagai penempatan kompetitif yang memberi keutamaan kepada orang Melayu di tengah ibu negara,” katanya.

Shahidan berkata PPPSKB pula disediakan bagi membantu dan menggalakkan pemilik membangunkan tanah secara bersendirian atau membuat usaha sama dengan pemaju, GLC dan swasta.

Katanya PPPSKB akan menyediakan insentif khusus yang akan dinikmati oleh pemilik tanah dan pemaju merangkumi urusan hal tanah dan pembangunan iaitu antaranya pengecualian 100 peratus caj pembangunan, pemberian nisbah plot terbuka dan pengurangan 70 peratus caj Infrastructure Service Fund.

Sumber: BERNAMA