Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RXZ Members Tukar Slogan, 'Yang Santai, Pasti Sampai'

RXZ Members
Kredit: RXZ Members Official

RXZ Members Tukar Slogan, 'Yang Santai, Pasti Sampai'

Berbaki empat hari lagi menjelang perhimpunan RXZ Members 8.0, pihak penganjur menukarkan slogan ‘Yang Kental, Pasti Sampai’ kepada 'Yang Santai, Pasti Sampai'.

Perkara itu dimaklumkan RXZ Members dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi.

"Insyallah, mari kita sama-sama jayakan kempen ini, kita semua ke arah profesional, luncur tetap luncur tapi cara profesional dan matang. Insyallah," kongsi hantaran berkenaan.

Pendekatan berkenaan adalah untuk menyemai budaya menunggang secara berhemah dalam kalangan peserta, dengan #ZeroKemalanganMaut.

Untuk makluman, penganjuran edisi kelapan RXZ Members dijangka berlangsung pada Jumaat ini.