Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bintang Hollywood, Ryan Gosling bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas diumumkan sebagai pemeran watak Ghost Rider.
Pengumuman itu dibuat semasa pembentangan Hall H oleh Marvel Studios di San Diego Comic-Con.
Presidennya, Kevin Feige, pada hari Sabtu mengesahkan bahawa pelakon yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar itu bakal memegang watak utama dalam filem solo Ghost Rider, yang dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun 2028.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan desas-desus mengenai calon yang bakal memegang watak berkenaan.
Semasa menyertai Feige di atas pentas, pelakon itu meluahkan rasa terujanya
"Wah, adakah ini benar-benar berlaku?
"Seperti yang anda tahu, ini adalah watak yang sudah lama saya ingin lakonkan." kata Gosling kepada penonton.
Filem terbaharu ini bakal diarahkan oleh Shawn Levy, yang sebelum ini mengarahkan Deadpool & Wolverine.
Projek ini turut menyatukan semula Levy dan Gosling selepas kerjasama mereka dalam Star Wars: Starfighter, yang dijadualkan tayangan pada 28 Mei 2027.
https://www.instagram.com/marvel/?utm_source=ig_embed&ig_rid=AF8d_kqOwsJypE_3GRfiOuj
Filem ini menandakan tayangan sulung watak tersebut di pawagam di bawah terbitan Marvel Studios.
Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan. Ghost Rider pertama kali muncul dalam komik Marvel pada tahun 1972, dan penjelmaan watak yang paling terkenal, Johnny Blaze, ialah seorang pelakon lagak ngeri motosikal yang membuat perjanjian dengan iblis Mephisto.
Sebelum ini, Nicolas Cage pernah memegang watak Johnny Blaze dalam Ghost Rider (2007) dan Ghost Rider: Spirit of Vengeance (2011), yang berjaya mengumpul pengikut dan peminat yang ramai.