Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sabah Laksana ‘Total Lockdown’ Seperti Persekutuan – Ketua Menteri

Gambar: Bernama

KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau

total lockdown

seperti yang diputuskan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata sehubungan itu kerajaan negeri akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi langkah tersebut dalam masa terdekat termasuk sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi.

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Pejabat Perdana Menteri berhubung pelaksanakan total lockdown selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun selari dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

”Oleh itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Malaysia hari ini mencatat 8,290 kes positif baharu COVID-19 yang mana daripada jumlah itu sebanyak 308 kes direkodkan di Sabah.

— BERNAMA