Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Pasukan Polis Marin (PPM) sempena sambutan Hari Ulang Tahun PPM ke-79 hari ini.
Beliau berkata, sepanjang 79 tahun penubuhannya, PPM terus memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan perairan negara, mempertahankan kedaulatan serta melindungi kepentingan rakyat.

“Di sebalik setiap rondaan dan operasi, tersimpan keberanian, disiplin serta pengorbanan warga PPM yang sentiasa bersedia berdepan cabaran demi memastikan perairan negara kekal aman dan terpelihara.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PPM, termasuk mereka yang pernah menabur bakti sepanjang perjalanan pasukan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Saifuddin berharap PPM akan terus meningkatkan kecekapan serta kewibawaan dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan keselamatan negara.

